Sunday, December 6, 2009

Kenangan di waktu menjadi pelajar sekolah

Salam

Tiba2 aku teringat zaman sekolah dulu. what a sweet memory! form 1 sampai form 5 aku di sekolah yang sama. SMK Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat Johor atau TIGS.

macam2 kenangan aku kat sekolah tu. masuk form 1, aku x da geng. sebab? aku sorang je dari SK Seri Gading. lama2, aku masuk je dgn budak2 lain. huh, nasib baik aku jenis ringan mulut. form 1 sesi pagi. form 2 sesi petang. masa form 2, banyak gak benda mengarot yg aku dan kawan2 lain buat sama2. peristiwa yg aku plg igt ialah kena halau dari library sebab buat bising. bapak malu!! masa tu saje2 lepak kat library sementara tunggu loceng bunyi utk masuk kelas. cikgu yg halau tu name die.. x igt la. tp mmg budak2 ramai anti dgn die. hehe.. lepas kena halau, memang malu tahap gaban. esoknya, segan sikit nk masuk library. tapi hari2 lepas tu, buat slumber suda.. pastuh, main lastik2 dalam kelas la. ntah hape2. name je semua perempuan. tapi perangai.. cam haram!

masuk form 3, still nakal lagi. aku igt yana atau lebih dikenali sbg ramesh. beliau gaduh dgn satu budak india. name dia nandini. keh3.. yana bengang sebab nandini x bertugas g buang sampah. pastuh yana g letak bakul sampah tu atas meja nandini. lawak gila.. bila nandini datang, dia ngamok sakan! gaduh beb! kitorang bantai gelak. kah3.. pastuh semua blah, fuh nasib baik dah waktu balik. cabut r semua!

form 4, cikgu streaming kelas. kawan2 yang sama kelas masa form1 sampai form3 ade yang dah blah g asrama penuh dan mrsm. ada yg kelas lain2. form 4 pun nakal gak. aku ler.. bodoh je boleh kantoi dgn cikgu sebab meniru masa test add math. nasib baik x dapat 0! cikgu tu pun jenis pilih bulu, dia ajar BI, mana student yg dia suka, dia bg markah tinggi. BI aku jgn harap nak dapat A1 masa test atau exam. tapi aku dah tebus masa SPM. hah. dah terngumpat cikgu lak. ampun3! heheh..

form 5, lagi cam *****! ponteng kelas je keje! lepak kat celah2 almari kat library. kelas yg kitorang selalu ponteng, fizik, bio! sembang2 kat library. kadang2 buat keje. tapi banyaknya sembang. pastuh, masa pn khulasah yg ajar BM tengah mengajar kat depan, yana suka ajak aku sembang. sampai kena sound! bila cikgu2 x masuk kelas, masing2 buat forum. sembang lagi! pastuh gelak x hengat dunia. xpun, merayap! g ko-op cari makanan. beli aiskrim, kerepek la. ntah pape. bila time koko pada petang rabu, ponteng! nyorok kat mana2 port yg baik. huh, gila la.. pastuh akak pengakap yg form 6, cari mana budak2 pengakap form 5. lantak la.. time aktiviti aku join hape. bukan aku lupa terus!

hah tu la antara benda sengal yg aku buat masa sekolah. nak cerita semua, x larat. aku cerita, bila aku rindu zaman sekolah dan semua kawan2 aku masa sekolah dulu. sekarang ada yg kat indon, german, US, polland, india. paling ramai mesti r stadi malaysia. hahah.. ade jugak yg x dapat dikesan. ntah mana diorang aku pun x tau.

okeh.. tu je. daaa~

2 comments:

♥ p a n y ♥ said...

hahaha ko ni. mmg remaje nakal!

Farah Adila said...

haha.. nakal bru best. x nakal bermakna x nikmati zaman remaja. tol x? haha