Tuesday, December 22, 2009

selamat hari lahir wani~~

salam

hari ini hari jadi kawan aku, Nur Syazwani. kawan sejak aku kecil lagi. sejak berusia 7 tahun. dah lama aku kawan dengan dia. aku, Wani, Liwa, dan Aisyah (Ecot). kami sebaya dan kami sama2 membesar, pergi sekolah bersama, bermain bersama, dan terlalu banyak peristiwa yang kami kongsikan bersama.

aku masih ingat lagi sewaktu kita baru pandai bawa motosikal. begitu teruja apabila dapat menunggang motosikal. ketika itu hanya berusia 12 tahun (lepas abis UPSR). peristiwa motosikal melompat 60 darjah ke atas memang aku x akan lupakan. terlalu banyak kenangan kita suatu ketika dahulu.

mencecah usia 13 tahun, aku bersekolah di tempat lain. tidak lagi bersama mereka. namun ikatan kawan tidak pernah putus. dan apabila pada usia 16 tahun, aku berpindah dari Taman Gading ke Taman Sri Panchor, ikatan persahabatan itu masih juga kekal. aku bersyukur dengan anugerah persahabatan yang Allah kurniakan untuk kita semua.

aku respect dekat kau sebab aku tahu kau tabah orangnya. sebagai manusia, kita x pernah lekang dengan pelbagai dugaan. dan kau tempuhi segala dugaan itu dengan penuh sabar. akhir kata, semoga persahabatan kita kekal selamanya.

selamat hari lahir yang ke-21. semoga panjang umur dan murah rezeki. semoga sentiasa dirahmati dan diberkati. have a happy and lovely life. aku sayang kau.


birthday girl, Wani~! ;)

No comments: