Saturday, February 20, 2010

kerana kau adalah engkau

salam


Hadirmu di kala aku sunyi
kesunyian yang menjengah diri kerana kekhilafan semalam


Mungkin aku silap
dan kini aku sedar
evolusi manusia adakalanya menjengkelkan
dan kau tetap di sisi aku
berceloteh tentang ruang angkasa kehidupan


Senyap.
akal masih mencari kebenaran kata-kata kau


Kau dan aku berbeza
berbeza akan cara dan tafsiran sebuah kehidupan


Lalu,
kau sedarkan aku dari alam mimpi penuh fantasi
kau jagakan aku dari lena indah duniawi
dan kau ajarkan aku dengan realiti kehidupan insani


Mulut aku masih terkunci.
rapat.
masih lagi leka berfikir


Lalu aku amat menghargai kau
kerana kau adalah engkau.


**********************
-TAMAT-

5 comments:

epol said...

aku adalah ape pula?kui3

surisopan said...

hahaha..i really like this..keh3..so sweet

Farah Abdullah said...

epol: ko adalah epol! haha

surisopan?? plz la.. wek! knp ko ske? aku tau sumtin berlegar dlm kpala otak ko tu. kan2??

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

aku rase ko dh jumpe apa yg ko cari.. jgn teragak2.. hehehehehe

Farah Abdullah said...

ape lak men rse2? haha..