Friday, March 12, 2010

kesukaran

Waktu aku kecil, aku dibesarkan di pekan. Waktu itu ayah masih susah. Tapi aku masih belum mengerti erti kesusahan pada ketika itu. Bila umur menginjak 7 tahun, kami berpindah di kawasan perumahan kos rendah. Majoriti penduduk di situ terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Bila ayah dah senang sikit, ayah beli rumah besar sikit. Dekat sikit dengan bandar. Waktu itu aku di tingkatan 4.


 

Kawan-kawan aku di bandar ramai daripada golongan senang. Lebih-lebih lagi bila aku bersekolah di bandar. Dan aku juga berada dalam situasi sedang-sedang, bukan untuk berlagak. Ayah selalu ingatkan aku, ramai lagi orang susah, aku masih tidak kenal erti susah. Ayah kata suatu ketika dahulu, hidup ayah terlalu susah. Atuk orang susah, adik beradik ayah ada 10 orang. Bila ayah bercerita tentang kisah hidup ayah, aku rasa sedih, kadang2 rasa nak nangis.


 

Bila aku di universiti, aku kenal ramai orang. Macam2 latar belakang. Ramai orang susah rupanya. Ada yang sampai tidak berani untuk pegang duit dalam jumlah yang banyak (x lah banyak, RM100). Mula2 aku tidak faham, kenapa sampai macam tu sekali? Bila lama2 aku kenal mereka, baru aku tahu mereka dari keluarga yang susah. Duit itu bukan untuk dibazirkan. Aku sedih, tapi aku tak boleh kata apa. Inilah namanya kehidupan. Ayah pernah cakap, mentaliti anak yang hidupnya senang tidak sekuat mentaliti anak-anak yang kehidupannya susah. Mungkin ada benarnya kata-kata ayah itu.


 

Aku rasa bertuah sebab dapat kenal macam2 perangai manusia. Lelaki atau perempuan. Semuanya berbeza. Aku juga bersyukur kerana aku berada dalam situasi sedang-sedang. Cerita LASKAR PELANGI banyak mengajarku. Semakin kita membesar, semakin banyak yang perlu difikirkan.


 

"semua orang membesar, semua orang menjadi dewasa, tapi x semua orang menjadi matang. "

2 comments:

aWaLLiWauDDin said...

hehe.. dh lepas ni jgn nakal lg.. ko tu anak yg nakal.. hihihihihihihi

FARAH ADILA ABDULLAH said...

emm.. ye aku nakal. its a fact. tp nakal r best. x nakal bosan weh.