Thursday, April 22, 2010

Di suatu ketika

Salam

Kadang-kadang kita rasa ada sesuatu dalam hati ni tapi tak dapat nak lontarkan, dan akhirnya kita akan pendam dan biarkan begitu sahaja. Hidup ini akan lebih bermakna jika kita sering melakukan pemerhatian. Aku kagum dengan insan-insan yang tidak pernah kenal erti lelah. Insan yang tabah dan kuat, serta insan yang gigih dalam menjalani kehidupan. Ayah kata aku kuat. Kenapa ayah cakap macam tu? Mungkin itu pandangan orang tua dan mungkin ayah jarang nampak aku menangis. Aku juga bukan jenis mengada-ngada, tak pandai nak merajuk tanpa sebab, walaupun aku satu-satunya anak perempuan yang dia ada. (hehe.. bangga jap)

Ok berbalik pada topik asal. Hati dan peraaaan manusia tak boleh dijangka. Zahirnya memang nampak orang tu happy, bahagia, tapi kita tak tahu hakikat sebenar yang perlu dia hadapi. Kebanyakan orang tak suka tunjuk hakikat diri dia yang sebenar dekat orang ramai. Seboleh-bolehnya dia akan selindung. Dia tak suka orang tahu. Mungkin bagi perempuan, dia akan cerita pada orang yang dia percaya. Dan bagi lelaki, jarang sekali untuk dia bercerita kerana itulah lelaki. Dugaan ada macam2. Cabaran juga ada macam2. Manusia juga macam2. Tapi x semua manusia boleh hadapi dugaan dan cabaran yang macam2. Itulah kehidupan. Kita hanya mampu berdoa agar sentiasa dipermudahkan dalam perjalanan kehidupan ini, dan kalau diduga sekalipun biarlah dugaan itu adalah dugaan yang mampu kita hadapi. Kalau Allah duga kita maknanya Allah sayang kita. Jadi manusia kena selalu fikir positif. Kalau sentiasa negatif, kehidupan tiada makna lah. Bosan!

Ohh lagi satu, ini sudah akhir semester. Diam x diam dah 4 couple dalam kosmate aku. Mungkin yang masih x ada pasangan, akan terdetik dalam hati. Bila akan tiba waktu aku? Kenapa semua orang pakat nak couple kosmate nih? Dalam hal ni, fikiran juga perlu positif. Mungkin ada terdetik dalam hati, mungkin ada rasa sedikit terkilan, tapi ini semua kerja Allah. Jodoh ada kat mana2. Tak bermakna kalau x couple sekarang, tak akan ada pasangan sampai bila2. Just be positive. Jangan desperate okeh. Dulu masa aku dekat matrik, rumate Chinese aku (nama dia Pei San) penah bergurau dengan aku "Farah, nanti kita cari boyfriend di U la, di sini (matrik) takda yang best punya la." dan aku pun cakap, "Orite Pei, nanti kalau kamu sudah ada boyfriend, kamu kena bagi tahu saya", dan Pei San pun jawab "Ok! Tapi kamu pun mesti janji. Kena bagi tahu saya juga kalau kamu ada boyfriend." Dan tiba2 rumate aku yang memang baik dan berjaya buat aku berubah ke arah lebih baik (nama dia Fida) berkata "Farah, kau x payah la nak couple2. Bercinta lepas kawin tu lagi manis." Dan aku pun terdiam. Pei San juga terdiam. Hehe.. speechless!

Ok tu je. Nak pegi balut hadiah. Nak bincang pasal anugerah utk gathering BSPT pada Jumaat ni. Babai~~

2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

yes dear.

bercinta lepas kawen lagi manis.
macam adamaya :D

Farah Abdullah said...

haha.. btoi gk! comel kan diorng. wah pani cm ade plan je nk bercinta pas kawin.