Thursday, June 10, 2010

Ini pengalaman

Salam


8 Jun 2010. 1st time untuk aku interview dalam mencari pekerjaan. Sesi assessment yang mana aku perlu jawab soalan-soalan English. Lebih kurang pasal grammar. Dan aku pun dah lupa undang2 grammar dalam English. Main taram je lah kan. English pun dah makin karat. Memang kena polish balik!! Okeh, aku pegi interview tuh dengan kawan sekolah aku. Aku panggil dia Ijat. Nama betul dia Izzati. Dan kat tempat interview (Cyberjaya) member sekolah aku lagi sorang dah tunggu. Dia praktikal kat sana, so deal lah untuk jumpa.


Bercakap pasal perasaan kena interview, aku tiada apa-apa perasaan time tu. Aku sampai je kat bangunan HSBC tu aku rasa macam minah kampung yang baru keluar dari kepompong. Padahal sebelum2 ni macam la x penah pegi merayap tempat macam2 kan? Yes, aku dah biasa dengan semua tu. Tapi entah kenapa aku rasa time tu aku diselubungi dan dikelilingi orang yang hebat-hebat belaka. Sekali lagi diingatkan, everything is in English. Pak guard pun speaking. Ok lah, Cyberjaya kan. Fine, aku bantai lah speaking. Tiba masa untuk assessment, aku jawab macam biasa. Lantak lah betul ke salah. Lepas tu, tunggu turn untuk interview. Ya, lama aku tunggu turn. Sampai turn aku, aku pegi dengan muka biasa, xda rasa apa-apa. Aku shake hand dengan 2 interviewers tu, dua-dua Indian lady. Dia suruh aku cerita pasal diri aku. Aku cerita macam biasa. Banyak soalan dia Tanya. Tapi yang paling aku ingat, sanggup tak awak nak kerja shift hours? Sanggup tak awak nak kerja time public holiday seperti hari raya? Dan bila aku dengar pasal hari raya kena kerja, aku cepat-cepat cakap, oh.. hari raya? I can't! soalan lain, sanggup tak awak nak kerja kat Cyberjaya? Emmm.. aku boleh katakana time tu aku ingat Batu Pahat. Aku nak kerja kat Batu Pahat untuk permulaan ni. Aku malas nak fikir soal kena sewa rumah, soal bayar bil, soal makan.


Memandangkan aku dah macam x ada hati sangat untuk kerja dengan waktu yang terbalik (ikot waktu US, masuk pukul 9 mlm balik pukul 5 pagi), (ikot waktu UK, masuk pukul 3 ptg balik pukul 12 mlm). Dalam otak aku kata, siapa nak pick up aku balik malam2? Ayah, ibu, Fikri, semua kat Batu Pahat. Takkan kena balik sorang2? Aku perempuan. Suami pun x ada. Siapa nak jaga aku? Well, dalam hal-hal macam ni, soal keselamatan diri mesti diutamakan. Sekarang ni orang dah tak takut dengan hantu, tapi orang takot dengan orang! Selepas aku di interview, aku dipanggil, diorang cakap, diorang akan call if aku dapat kerja tu. Dalam hati kata, x pe kalau x dapat, kalau dapat pun, belum tentu aku pergi. Banyak benda perlu aku fikirkan.


Dalam hal lain, aku mahu life yang betul, life yang sihat, aku x mengejar kemewahan, gaji tinggi, tapi aku kejar kebahagian. Ayah cakap hidup biar bersederhana. No need to worry very much about work. Ada rezeki, it will come soon. Balik tu, aku mesej Shafiq, dia pun dapat offer interview kat company tu jugak. Aku cerita bla3 kat dia. Tapi dia adalah lelaki. Aku suruh dia buat betul2. Balik tu cerita kat parents aku, diorang x ada hal. Cuma ayah kata, kerja macam tu mungkin x masuk dengan jiwa Farah. Aku bagitau 2 lagi kawan baik aku. Diorang pun lelaki. Sorang tu kata, aku belum sedia untuk masuk ke dunia korporat. Dan aku tahu ramai yang macam x bagi aku kerja situ. Dan sememangnya ia benar. Aku tidak akan bekerja di sana.


Walau macam mana pun, terima kasih kat Kak Ecah for giving me this chance and sorry coz i can't make it! Jujurnya aku katakan, pengalaman interview yang menarik. Tiada gentar, dan steady. Ceh! Memang steady sebab awal-awal dah niat nak pengalaman interview je.


Kesimpulannya, im not ready to get into corporate world. Im not feel so comfortable by the surroundings there. They are all look educated (walaupun x semua yang educated), nak cari orang bangsa aku pun x ramai, seagama aku pun mungkin sedikit. Maka aku sebagai aku, iman masih x kuat, masih mudah dipengaruh, aku perlukan persekitaran yang selesa. Jika aku diberi pilihan untuk memilih tempat itu atau kampung, maka aku akan pilih kampung. Ini adalah kata-kata aku. Mungkin anda kata aku penakot, katalah. Aku tak kisah. Mungkin anda akan kata aku rugi, katalah. Aku tidak kisah. This is my life and I have made the decision. Full stop.


2 comments:

Siti Nur Aminah said...

bulan 5 hr tu kot..gua tmn bf gua gi intvw hsbc.....but now dia kjer uob..hik hik

faRahAdILa said...

uiks, hsbc kt cyber gk eh??
uob? jwtn apekah?