Thursday, July 8, 2010

percubaan 1

salam

selesai melipat kain. haha. 2 bulan duduk rumah selepas peperiksaan akhir, duduk rumah lah. apa lagi kan. dalam pada tu, dapat la jugak ilmu memasak. sebelum ni, masih kurang kesedaran untuk belajar tang masak, dan kini baru sedar. best apa memasak. lagi best dari melipat kain. erk! ceh2.. tapi x de lah tere pun kan. basic2 tu je la. x pas lagi mahu kawin untuk mengenyangkan suami dan anak2. opps saya belum sedia untuk berkahwin. ok berbalik kepada apa yg mahu dicoretkan.

********************************

petang tadi saya pegi interview di pizza hut. interview sebagai apa? ha.. sebagai part time worker je pun. saja mahu bekerja part time. bosan rasanya duduk di rumah selain membantu kerja-kerja ofis ayah (itupun kalau ada kerja, jika tiada, memang duduk saja lah).

selepas di interview, saya dikehendaki untuk mengambil suntikan imunisasi. suntikan ini memang wajib bagi yang mahu bekerja di sektor pemakanan. ok, esok saya akan pergi mendapatkan suntikan tersebut. jika selesai urusan suntikan tersebut, hari sabtu atau ahad mungkin saya akan mula bekerja. hehe. 1st time bekerja ni. untuk makluman, saya tidak pernah bekerja dengan mana2 majikan pun sebelum ini.

gaji? tidak lah seberapa. sedikit sahaja. tapi saya mahu cuba untuk mendapatkan secebis pengalaman. lagi pun saya hanya buat part time. mungkin sebulan sahaja saya buat part time di sini (itu pun kalau bertahan. haha)semangat untuk bekerja di luar Batu Pahat belum wujud. :) banyak perkara perlu difikirkan. makan, rumah, dan macam2 lagi. biarlah buat sementara ini, sebelum majlis convo pada Oktober ini, saya menimba pengalaman bekerja di Batu Pahat dahulu.

ok itu saja. babai~~

4 comments:

En iLHAM said...

wah
konpem nanti aku melawat pizza hut kat bp tu
kat mane wei??
hehe
gud luck for your new job

Farah Abdullah said...

syamil: kt bpmal. tp ade prob! td aku g klinik kesihatan then injection typoid(i guest), xde stok la plak. pizzahut nk pkerja die ade suntikan tu. huwm.. nk usha kje len la plak.

-Aida Ismail- said...

waa..ini suda bgus..good news!
sorang2 dah buat part time..gud2!!
syila-CC
aida-TASKA
yati-PEMBANCI
azi-BOOKSTORE
kamu-PIZZA HUT..

see...
semua dah berpecah dgn keje msg2..
(tersenyum..sorang2)

Farah Abdullah said...

haha.. lawak la. aku xjd kje ctu. xdpt suntikan typoid tu. kne cri lain. keh2.. ko kje taska smpai ble?