Saturday, July 17, 2010

Sesak..

salam

mula-mula aku nak cakap, yang 'aku x suka bila hari Sabtu dan Ahad di Batu Pahat'. kenapa aku x suka?? sebab jalan sesak, jammed! arghh


actually dah lama aku perhati fenomena Batu Pahat dilanda kesesakan lalu lintas. ohh tapi tidaklah seteruk di KL dan JB. Oleh sebab aku membesar kat sini, aku rasa BP ni aman je dulu. x de lah jammed sgt, tapi itu dulu lah. katika belum adanya Summit, BP Mall, Square One, Carrefour (btl ke eja?), Drive-thru McD dan macam2 lagi. Kalau kau nak pergi hang out waktu weekend, kau jangan harap la nak dapat parking dekat basement yang kereta kau x kan panas, jangan harap dapat parking dengan mudah jika kau nak pergi tengok wayang dekat MBO.


Sejak 2006, aku dah blah dari BP pergi belajar dekat ceruk-ceruk Malaysia ni. Malaysia je. x mampu ler nak pergi UK ke US ke India ke. Ye ar, belajar pun banyak main, berangan la nak pergi belajar sampai ke sana. Ok berbalik pada topik asal. Dari 2006 sampai 2010, aku balik BP pun bukan selalu. Balik bila cuti mid term, cuti sem, cuti raya, atau saja gedik nak balik pasal rindu rumah. Dan dalam masa 4 tahun ni la, macam2 bangunan naik kat BP ni. Ye, memang makin maju, aku pun suka. Tapi bagi mereka yang mencintai ketenangan seperti ketenangan kampung yang ada sawah bendang, ada sungai yang bersih lagi boleh mandi manda, memang mimpi lah. Lagi-lagi kalau rumah kau tu sah-sah dekat pekan atau dekat-dekat dengan bandar.


Dan sebab itu, aku jadi jakun bila aku jumpa kampung yang ada sawah bendang, ada pokok jambu boleh bertenggek (macam kat rumah arwah atuk dulu), ada pokok kelapa yang aku boleh minum air nya (pun macam dekat rumah arwah atuk), ada pokok koko yang aku boleh makan isinya (macam kat rumah arwah atuk gak), dan macam2 lagi lah.


Dah, malas bebel panjang2. Heh, kena carik calon yang bukan urban boy. Anyone? hahahaha


********************************

Ada sebab aku bebel panjang2 kat atas tu. Haha. Apa sebabnya? Sebab tadi aku teman adik aku pegi beli stationaries dia, beli cap baru dia, beli air Cool Blog dia. Tempat yang kami tuju, BP Mall lah. Dekat. Aku masuk untuk parking dalam pukul 11.15 pagi dan aku blah pukul 12.30 macam tu. Dan bila aku keluar je, basement parking dah penuh. Apa kes? Baru sejam lebih. Serabut2.. Mungkin sebab ada PC Fair dan sebab itu la penuh. Hoh, x best!

Nasib baik pergi awal dan balik awal.

Ok dah tu je. babai!



p/s: boleh x aku dicop kakak mitahli? hak2..

2 comments:

ex-bedmate said...

0oo tanak yang urban,nak yg rural la eh??hehe.takyah la carik lg fara,amek depan mata hang je..haha

faRahAdILa said...

dpn mata? sape??