Sunday, July 18, 2010

Memasak vs Menjahit

salam

Ohh gadis2 di luar sana! anda minat memasak atau menjahit? atau x minat kedua-duanya? haha..


Antara memasak dan menjahit, mana lagi best? dan kepada yang meminati kedua-dua hobi yang dianggap girlish ini, itu sudah bagus kerana kalau anda suka+hebat memasak dan menjahit, pasti emak2 di luar sana sudah awal2 menempah anda untuk dibuat calon menantu. tak percaya? sila buat survey di taman perumahan atau di kampung tempat anda tinggal. hak2.. gurauan ye.


Kalau anda suka masak, memang best sebab dapat kenyang kan orang lain dengan hasil air tangan anda, dan sekaligus anda juga kenyang. makan? siapa x suka? tipu kalau x suka makan. sebab tu banyak penyakit berpunca daripada makan. oh ye, memasak juga satu kepuasan. lagi2 kalau apa yang dimasak itu adalah first try dan ia menjadi. macam cerita P. Ramlee, mereka bilang SUCCESS, SUCCESS, PUAS HATI, PUAS HATI! ha.. itulah yang dinamakan nikmat memasak. :)


Untuk menjahit pulak, memerlukan ketekunan sebab menjahit ni memang kena fokus. kalau siap baju yang dijahit tu pun satu kepuasan. Apatah lagi kalau baju sendiri. Zaman sekarang dah susah nak cari perempuan2 hebat lagi bekerjaya yang suka dan pandai menjahit. Sebab tu upah menjahit makin mahal. Kepada gadis2 yang memang minat dan pandai menjahit, korang boleh buat bisness! ini siyes. kawan mak aku pun ambil upah menjahit, dan aku lihat hasil nya agak lumayan.


Memasak vs Menjahit. Dua-dua best. Tapi ikut orang lah. Ada yang minat dan ada yang tidak.

**************************

Oh ye, info ni aku dapat dari FB kawan aku (Aida),

Kepada semua bakal graduan UPM yang akan bergraduat pada Oktober 2010 ini,

saudara/saudari adalah
diwajibkan menghantar gambar terkini dalam bentuk salinan lembut (softcopy) untuk tujuan sistem paparan nama graduan.

Gambar tersebut hendaklah:
i) bersaiz 4 sm x 5.5 sm;
ii) bersaiz fail tidak melebihi 5Mb;
iii) memasukan nama fail seperti berikut: .jpg;
iv) disertakan maklumat nama, no. matrik dan program pengajian; dan
v) dihantar ke alamat e-mel berikut: konvo@putra.upm.edu.my

Tarikh akhir penghantaran gambar adalah pada 15 Ogos 2010. Sekiranya gambar tidak diterima sehingga tarikh tersebut, UPM hanya akan menggunakan gambar lama daripada kad pintar pelajar (sekiranya masih ada). Sekiranya tiada, gambar bakal graduan tidak akan dipaparkan semasa majlis konvokesyen berlangsung.

Kepada yang berkenaan, sila ambil perhatian.

Tu je, bye!

7 comments:

Aida Ismail said...

haha..msuk skli post ak tu kat sini ek..gege~

I LUV BOTH..SEWING N COOKING!
tp jahit lm2..sakit leher..lenguh!

Whoopz said...

Jahit? N0.. No.. Masak? Yes.. Yes.. Hahah..

faRahAdILa said...

aida: hee.. saje2. aku pun ske 2-2 tp jahit pnat+dh lame x bwt. haha

whoopz: masak best kn?? hee

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

i love to cook! hehehe

ex-bedmate said...

nak nyibuk!!!ahaks~
sy xpandai masak,tapi suke buat kek,
sy xpandai jahit baju,tapi sy boleh jahit manik..hiks;-p

Bulan Malam said...

fara, i dulu belaja menjahit lepas SPM..ya Allah, susah nak mampus! jahit baju kurung la,baju kebaya la..ke laot je sume tu..maybe sebab i x minat kot..p kelas 2 pun sebab kena paksa..hehe TAPI I SUKA MASAK!!! =)

faRahAdILa said...

pani: kte serupa! haha

azi: ye, sy tahu itu. nak muffin lg! sdp!

zani: menjahit mmg agk ssh. kne fokus! suka masak gk. best2. tp ikot mood i. haha