Wednesday, August 18, 2010

Berpuasa di zaman kanak-kanak

salam


Aku rindu. Rindu suasana berbuka zaman kanak2. Membesar di kawasan perumahan kos rendah yang berhampiran dengan Kg. Sri Gading menjadikan aku benar2 bersyukur kerana aku merasa suasana itu suatu ketika dahulu. Bila waktu petang, dalam pukul 6 macam tu, mulalah sahut-sahutan si anak kecil memberi salam. dan aku juga tidak terkecuali. sahutan salam ke rumah jiran2 menghantar makanan. Begitulah kami ketika itu. Saling bertukar lauk-pauk dan kuih-muih yang dimasak. Kadang2 sampai 5 jenis makanan yang diberi oleh jiran2. Sebagai kanak2, sudah tentulah aku gembira kerana setelah seharian berpuasa, dan bakal dijamu dengan bermacam makanan sebagai juadah berbuka puasa.


Mula2 belajar berpuasa memang letih. menggelupur aku tahan lapar. bila dah besar sikit, walau aku kayuh basikal pergi balik sekolah, aku dah tegar. gagah lagi perkasa. kan aku cakap, aku gagah masa kecik2 dulu. :) waktu malam bila orang lain pergi terawih, kami si anak2 kecil ini bermain mercun, bunga api. tidak kiralah lelaki atau perempuan. memang syok! berdentam dentum bunyi mercun. paling aku suka waktu tu adalah mercun roket, mercun naga, mercun mancis. mercun mancis kalau disumbat dalam longkang dan ditutup, bergema bunyinya. hehe. memang best! sampai sekarang, suasana berpuasa pada ketika itu masih segar di ingatan. Makcik2 di kejiranan dah macam emak sendiri. sampai sekarang, walaupun dah 6 tahun aku dan keluarga berpindah, kami masih kekalkan hubungan dengan kejiranan di sana. dan makcik2 di kejiranan juga masih mengenali aku yang sudah besar panjang ini. kadang2 aku x perasan mereka, tapi mereka perasan aku. mereka yang tegur aku dahulu. segan lah jugak.


Begitulah serba sedikit kenangan berpuasa di kediaman lama aku. Terima kasih untuk semua kenangan itu.

2 comments:

Aida Ismail said...

pose masa zaman kanak2 la paling best..skg dah kurang feel tu..kalo dulu,masa nak berbuka la paling excited!
smpai skg pon ak msih tuka2 juadah lagi taw..tu best gak,dpt rasa lauk org len..hehe..

faRahAdILa said...

aida: btul tu. mmg best sgt. ko best la. aku dh ddk cni, xde sgt dh tuka2 juadah. ade pn, dpt bubur dr surau. hehe.. nk jd kecik balik blh x? hahaha