Wednesday, September 29, 2010

Lorong kehidupan

salam

Pengajaran kisah semalam.
Mungkin bukan kisah aku.
Tetapi kisah mereka.
Bukan mudah untuk melorongkan hati pada yang pernah dibenci.
Sukar.
Tetapi sekali Dia telah melorongkan hati pada yang pernah dibenci itu,
sekali itu jugalah hati sukar menerima.
Sukar untuk menerima, barangkali juga cuba untuk menafikan.
Menafikan kerana sebuah keegoan.
Itulah manusia.
Bukan mudah untuk menidakkan perasaan yang hadir tanpa diduga.
Sakit.
Sakit bilamana perasaan menjadi tonggang terbalik macam kapal karam.
Sekali terjatuh bukan mudah untuk bangkit kembali.
Semoga hati tetap dan dilorongkan olehNya pada jalan-jalan yang diredhai.
Amin.