Friday, October 1, 2010

Kehadiran

Adakah ini yang dinanti?
Terkadang akal silap meneliti,
Lalu diri khilaf terpesong entah ke mana,
Apakah yang dirasa kini perasaan sebenar,
atau hanya mainan nafsu semata?
Lidah kelu mengiyakan mahupun menidakkan,
Bila ditanya pada hati,
Barangkali benar, dan barangkali juga tidak,
Tidak tahu.

Ya Tuhan,
Berilah petunjuk,
Biar setiap kesakitan terhindar jauh pergi.

Tiap kehadiran,
Jangankan tidak bersambut,
Biar dulu hati membenci,
Kini tidak lagi,
Biarkan kesakitan semalam berlalu pergi,
Menghilang terus dibawa bayu malam.
Yang diharapkan kini hanya ketulusan dalam hati.

3 comments:

Bulan Malam said...

boleh saye intai ape/siape ade dalam hati kamuu??

faRahAdILa said...

ehem.. dipersilakan.. eheh

Bulan Malam said...

dah intai ni..tp mcm x berapa nak nmpk~