Saturday, October 2, 2010

PMR oh PMR

Salam


 

Masih ingat lagi kenangan korang semua masa nak amik PMR? Korang study hard ke study smart? Haha. Kalau korang study hard ke study smart ke, study la jugak kan. Daripada x study langsung.


 

Bila aku ingat2 balik kenangan aku amik PMR masa tahun 2003, aku belajar macam biasa. Tak ada la aku rajin overboard atau malas overboard. Sepanjang aku bersekolah menengah, aku sekolah kat sekolah perempuan. Ya, semua perempuan. Best tu jangan cakaplah. Memang best. Suka hati kau nak jerit ke hape. Sebab x payah nak control ayu dekat mamat2 hensem. Kan? Memandangkan sekolah aku ni sekolah perempuan yang kononnya budak2 perempuan adalah baik lagi rajin, homework memang bertimbun. Cikgu2 memang rajin bagi ktorang latih tubi ke hape. Dan rajin jugak buat gerak gempur. Kenapa? Sebab dalam daerah aku ada 2 sekolah yang selalu berentap untuk dapat title the best school for PMR or SPM. Satu lagi sekolah tu adalah sekolah yang semuanya lelaki. Haha. So wujudlah Perempuan vs Lelaki. Makanya pada tahun 2003 tu, Alhamdulillah sekolah aku dapat the best in the district. (Oh ye, bukan nak berlagak, hanya bangga kerana bersekolah di situ. Eceh!) So perempuan menang lah kan? Tak silap aku, waktu tu ada dalam 55 orang yang dapat straight A's. kiranya segala penat lelah cikgu2 dan murid2 pun terbayar.


 

Untuk tahun 2010, adik aku yang bongsu pulak akan ambil PMR. Bila aku tengok dia study, aku teringat zaman aku dulu. Tapi gayanya aku macam lagi pemalas dari dia. Haha. Takpe2, sebagai kakak aku doakan yang terbaik untuk adik2. Aku pesan kat dia, x payah la nak stress bagai. PMR je pun. Buat abis baik, ko dah usaha, ok lah tu. PMR senang nak skor. (chewahh!)Better ko pulun masa SPM nanti. Hehe. Begitulah serba sedikit nasihat aku untuk beliau. Semoga beliau tenang dan cool waktu menajwab soalan2 PMR 2010. All the best lil bro! Semoga sukses2 selalu. Aku dah tempoh berbagai exam. Now is ur turn! Ahah, rasakan!


 

Ok dah, bye2!

p/s: Semoga hari2 mendatang lebih diberkati dan dipermudahkan. Amin.

1 comment:

♥ p a A n i ♥ said...

hari first pmr aku tertinggal ic kt bilik..zzzz hahahhaa
berlari balik!!