Monday, December 20, 2010

Kerja gila?

Salam

Jumaat lepas aku rasa macam buat kerja gila. Tapi x la gila sangat. Kot? Haha.. Petang tu opis aku ada event sambut orang besar company. Patutnya balik kerja 4.45 petang, tapi sebab nak sambut orang besar mat salleh tu, kena stay dan event tu start pukul 5 berakhir hamper jam 8 malam. Tapi aku x stay sampai pukul 8 pun. Mula2 rasa nak 'shishi' dan memang x tertahan, aku cakap kat akak sebelah yang aku nak pegi toilet. Time tu jugak ada 2 orang staf lain duduk dalam opis. Aku rasa diorang baru lepas sembahyang maghrib. Alhamdulillah. Pastuh aku tengok sorang staf tu blah. Dia tulis kat buku sign out attendance 'family matters'. Ohh aku pun join ah. Aku memang nak balik Johor malam tu gak. Aku tulis kat situ 'family matters. Back to Johor.' DONE! Lagipun Chek Put sudah otw dalam tren ke Bdr Tasik Selatan. Aku janji dgn dia tunggu kat sana untuk sama2 pulang ke kg halaman (chewah!). aku kuar opis jalan laju2. Dah r hujan renyai, dah gelap, tapi seb baik ramai lagi orang. Aku jalan selaju yang boleh. Besar punya langkah. (Nasib baik pakai seluar bukan kain). Dalam hati kata, nasib ah. Kena sound pun, kena lah. Pedulikan. Waktu2 maghrib kau nak buat event kan? Apa kes? Aku tabik bagi mereka yang masih ingat kewajipan sebagai seorang Muslim.


Sampai Bdr Tasik Selatan, aku Nampak Put tengah tercongok-congok tunggu. Haha. Tunggu Panda pulak. Pasal dia tolong anta kereta yang aku parking kat rumah Rai. Lepas anta Panda, kitorang terus pecut balik BP. Singgah R&R Seremban kejap. Sembahyang, isi minyak, isi perut segala, jalan. Bawak slow2 sebab hujan dan dah malam. Mata aku memang mengantok, tapi tahankan. Nasib baik Put ada sebagai tukang bebel. Bila drive jauh sorang2, aku memang senang mengantok. Nak elak mengantok, aku selalu buka radio kuat dan aku nyanyi sekali. Dah penat nyanyi, aku senyap, sakit tekak. Keh2.. malam tu kitorang sampai BP around 12.30 am. Gila x gila. Tegar punya perempuan-perempuan. Alhamdulillah, Allah lindungi kami. Memang tiap kali apa yang aku buat sejak aku hidup berdikari, aku doa Allah lindungi aku. Ibu dengan ayah haruslah. 2,3 kali call for all the way. Risau.


Sampai rumah, sembang dengan ayah, ym dengan kau. Aku tido dekat kul 3. Esoknya, haha.. tengah hari aku bangun. Penat? Jangan cakap r. wohoo..


Bila Ahad, mood nak balik punya la malas. Lepas pegi kenduri kawin kakak Quyah, aku lepak2 lagi kat rumah. Lengah sana sini dekat pukul 6 ptg baru aku gerak. Tu pun ibu dah bising2, dah siap isikan air untuk aku. Dah siap bekalkan roti lagi pasal aku cakap, aku x ada stok roti dan malas nak beli. Itulah dia insan bergelar ibu. Biar dia bebel dari pagi sampai malam, tapi dia tetap sayang anak-anak. Sanggup buat apa saja untuk anak. Sweet kan? Dari BP aku balik KL sorang2. Put dah balik dengan abang dia. Drive la slow2. Mengantok lagi. Bila speed, kurang mengantok sebab aku kena berjaga. Tapi bahaya ah. Aku dah tobat cikit. Oh ye aku fikir, aku kena burn CD banyak2. X pun beli USB kabel. Boleh cucuk MP3. Sampai KL 9.30 mlm camtu. Alhamdulillah. Fuh.. Papepun, maintain senyum walau hati kadang2 x tenteram. Dah r, malas pk.


2 comments:

Putri Rahman said...

giler x giler sgt lar chk farah ! ;DDD
hehehe..

Farah Abdullah said...

haha.. gila x gila jugak la kn put! :)