Sedang aku enak melayan setiap alunan muzik di telinga, aku terfikir, mengapa mereka, aku, memilih kota ini untuk mencari nafkah? Bagaimana mereka yang berkeluarga survive di kota yang serba mahal lagi sibuk ini? Saat itu juga, hati aku tegar berkata, ah tempat ini bukan jiwa aku. Biar mereka kata seronok, biar mereka kata serba-serbi ada, tetapi aku tetap mencintai kedamaian daripada hiruk-pikuk kota. Aku mahu keluar dari kota ini. Mungkin aku di kota ini sekejap cuma sekadar untuk mencari secebis pengalaman buat pedoman masa hadapan. Niat di hati, aku mahu membina keluarga jauh dari hiruk-pikuk kota. Biar generasi aku jiwanya tenang, setenang jiwa aku di kampung halaman tercinta. Aku teramat bersyukur kerana aku bukanlah anak kota. Aku lahir di bandar kecil yang kini telah membangun. Tidaklah sepesat kota ini tetapi memadailah dengan pembangunan yang ada.
Ku katakan pada hati, selepas ini aku mahu cuba mencari nafkah bukan di kota lagi. Cukuplah secebis pengalaman yang aku kutip kini. Sesungguhnya aku ini anak yang cintakan keamanan. Sesekali meredah hiruk-pikuk itu tidak mengapa. Yakinlah, hanya jasadku tegar berada di tengah kepesatan dan sibuk kota tetapi jiwa aku tetap berada pada landasan kedamaian dan ketenangan desa.
Keluarkan aku dari belenggu kesesakan ini.
Tabahlah wahai hati. Engkau tidak bersendirian di kota sesak ini. Dahulu aku katakan bahawa aku mahu menguji sejauh mana kuatnya mental aku menempuh kehidupan di kota ini. Dan kini, aku sudah mengerti akan suka duka kehidupan di sini. Terima kasih Tuhan untuk setiap inci kegagahan yang Kau beri dalam diri ini. Terima kasih juga untuk secebis pengalaman yang terlalu berharga buat diri ini.
p/s: buat mereka yang seperti aku (azie, one, fendi), tabahlah. pasti ada sinar pada hari mendatang.
2 comments:
salam kenal ya...aku juga lg di perantauan..pengalaman memang penting untuk kehidupan..maka harus kita jelang masa yang membuat kita mengerti tentang arti kehidupan yang sebenrrnya...Semangat...
terima kasih atas komen anda. betul, semangat itu perlu ada. pengalaman itu terlalu berharga. semoga kamu juga terus kuat.
Post a Comment