Wednesday, January 5, 2011

Ini entry 2011

Salam


Selamat tahun baru 2011! Baru nak ucap kan. Hurmm.. Bila tahun baru semua orang akan sibuk dengan azam masing2. Untuk aku, semoga kehidupan bertambah baik dan diberkati selalu. Maksud kehidupan bertambah baik tu biarlah sendiri simpan. Dan semua orang juga akan berharap perkara yang sedemikian rupa. Dan terima kasih Tuhan untuk setiap kurniaan yang Kau berikan. Suka duka kehidupan 2010 akan tersemat indah di ingatan.


Eh kenapa makin ramai yang sudah bertunang dan berkahwin? Usia makin menginjak dewasa? Yang x disangka-sangka pun ada. Tahniah kepada mereka. Selamat bertunang dan berkahwin! Aku? Jangan ditanya. ;p


Minggu ni kepala x berapa nak betul. Dua sifu aku bercuti. Tinggal lah aku sorang2. Biol seketika. Yelah, aku mana penah bergelumang dengan dunia dokumen2 bank ni. Setakat belajar akaun, ekonomi kat U dulu ada la. Walau apa pun, kecintaan aku kepada pokok lebih mendalam. Itu sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi. Keh2.. Selain pokok, aku suka buku. Konon2 ada simpan minat nak jadi penulis. Poyo x? haha.. lagi? Berangan apa? Nak jadi surirumah? Seronok gak kan. Macam mak aku. Dialah chef, dialah driver, dialah cikgu, dialah doctor, dan macam2 lagi! lagi best surirumah yang ada income sendiri. Wow!! Superwoman!! Ah sudah, berangan lagi. Back to the real world okeh! ;p


Bila aku duduk jauh dengan family dan kucing2 aku, perkara yang boleh buat aku happy dan sengih lebar2, lalu gelak dengan bahagia adalah bila bersama kosmate yang gila lagi kepoh seantero dunia. Bila weekend yang ada free je, mesti gather. Nasib baik x jauh. Bila gather ramai2 nih boleh buat aku rasa nak gelak dan rasa seronok! Syiok ah. Thanks God!


Dah x tau nak cerita apa lagi. Babai!

Gambar 3 tepek.

shaking. tapi buku ini bagus!

bedah tido ke?

kepoh seantero dunia

2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

weii..kawen jemput aku tau!!! hihi

Farah Abdullah said...

haha.. ntah nk kawin dgn sape. ko tu ha.. jgn lupa jemput aku. bertuah bdn dpt abe doctor. hehe