Tuesday, January 25, 2011

Kembara Atiq Wazif

Assalamualaikum.


Baru-baru ini saya ada membaca sebuah buku bertajuk 'Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah'. Terlalu menyentuh perasaan. Saya juga pernah melalui kembara perjalanan sedemikian rupa. Maka setiap ayat yang dicoret, saya terlalu faham akan tiap maksudnya. Memang benar, setiap dugaan yang hadir akan mematangkan kita sekaligus mendidik kita menjadi insan yang lebih baik.


Buku ini ditulis sendiri oleh bapa Atiq Wazif. Setiap coretannya memberi kesan dalam hati ini. Entah berapa kali air mata saya bergenang, dan kadang-kala saya menangis dengan kisah mereka sekeluarga mengharungi ranjau kehidupan di bumi ini. Perjalanan membawa Wazif ke pelbagai tempat seperti Beijing, China. Lalu ke Florida, Amerika Syarikat. Semuanya kerana kasih dan cinta seorang bapa, ibu, kakak, abang, dan adik kepada anak kecil ini. Ayah saya sendiri pernah berkata, kasih sayang ayah dan ibu tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Tiada sesiapa di dunia ini yang dapat menandingi kasih mereka terhadap anak-anak. Aku faham maksud ayah. Dalam buku ini juga diceritakan tentang hal yang sama.


Pada ketika penulis menceritakan anaknya, Wafeeq (abang kepada Wazif) memberikan kad di hari jadi bapanya, Wafeeq menulis; "Dad, if you are not here I will not know everything that I ask u!".

Happy birthday to my Dad,

Who taught me how to be honest and real,

How to work for what I want and give everything I've got,

How to never stop asking questions,

And learn from each new experience,

And to care about us as many people as I can,

For teaching me all the important things in my life….

Thanks, Dad.


Air mata penulis bercucuran dengan bait-bait indah dari seorang anak kepada seorang bapa. Pengorbanannya tidak sia-sia.


Dan saya sebagai kakak sulung juga merasa apa yang dirasa oleh kakak Wazif.

Tiada harta yang lebih bernilai melainkan melihat keluarga yang bahagia.


Mereka memahami segala rasa dalam kisah kembara ini. Segalanya, lengkap menjadi satu.

Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada walau di mana jua kita berada.

No comments: