Monday, February 21, 2011

Journey to the North

Assalamualaikum.


Yeah! Journey to the North! Plan asal nak ke Bukit TInggi lah, Pulau Pangkor lah. Last2, amik kau Bukit Merah dan terus ke Penang. Walaweh. Ini trip perempuan2 yang kepala otaknya sudah tepu dengan aktiviti harian lalu mengambil keputusan untuk membuatkan hari2 mereka lebih bererti dengan BERCUTI! Ye, bercuti. Hebat bukan.


Perjalanan bermula pada hari Sabtu pagi. Kami berlima iaitu aku, Raidah, Azie, Nad, dan Syila. Kelima-lima kami tidur di rumah Raidah pada malam Sabtu tu. Pagi2 bangun siap2 kan bekal semua. Nasi lemak kami, mak kepada raidah dah masakkan. Begitu juga dengan sambal tumis. Alahai sweetnya. Hehe. Jadi kami tinggal buat sandwich, packing2 makanan segala, mandi dan bersiap-sia. After breakfast, and we start our journey! Bukit Merah here we come! Pukul 8 pagi gerak, dalam pukul 12 lebih sudah sampai Bukit Merah. Hiks! Yeay main air!! Seronok gila. Macam biasa, ratu air jatuh kepada Azie. Minah ni memang suka gila bab2 main air. Which same as Raidah. Diorang pemula main gelongsor air yang mencabar tuh. Aku dan Nad nak naik jugak, tapi dua2 takot. Jadi Raidah teman aku dulu. Dan2 je kan tengah2 gelongsor tu boleh ter'stop'. Tersangkut weh?? Adakah sebab kami dua2 kurus? Kah2.. aku rasa pasal aku lagi berat tapi aku duduk belakang kot. Henyak punya henyak, yeah menggelongsor lagi. Maka terjerit jeritlah macam orang gila. Fuh cuak beb! Rasa seronok. Dan aku naik lagi. Kali ni temankan Nad pulak. Turn Nad pulak terpekik terlolong. Kahkahkah.. Lawak! Dah penat main air, kitorang naik dan mandi, tukar baju semua. Hurm, adalah dalam 3 jam kami main air. X berapa best sebab x banyak gelongsor extream yang boleh main. Nak main, kena pakai bikini. Jadah hape kan.


Setel semua, gerak ke Taiping. Picnic kat taman depan zoo tuh. Lepas tu monyet datang. Bertempiaran lari. Adeh, macam2 hal la. Pastu barulah dapat bersantap dengan aman. Diam. Masing2 kebuluran. Nak ke Night Safari awal sangat. Round2 Taiping, solat kepada yang boleh solat, pastu hujan pulak. Cancel night safari. Lagipun semua dah flat! Kepenatan main air. Gerak ke Parit Buntar, rumah Azie. Sampai sana dekat maghrib. Tumbang lagi. Melantak sekejap pastu buat hal masing2. Ada yang berbalas pantun. Nad dah tumbang awal2 lagi. Sakit kepala.


Esok paginya, lepas breakfast, gerak ke Penang. Amik gambar, posing sana sini, kat depan Queensbay Mall tu. Jakun lama x nampak laut. Pusing2 xtau arah mana nak pegi. Last2 cari jeti dan naik feri terus. Ahh 1st time aku naik feri weh. Haha. Jakun lagi. Otw back, pergi Selama jap. Haha. Jumpa member kami, makan nasi ayam yang dibelanja (Thank you!), sembang2, dan terus pulang ke KL.


Luckily, ada ramai driver. Masing2 rajin pulak drive. Aku pun dapat rest. Hehe. Penat tu memanglah. Kata pun berjalan. So far, puas hati. Tapi terkilan gak lah x dapat pegi night safari. Aku suka haiwan! Nak tengok apa haiwan tu buat malam2. Wuaaa.. x pe lah, next time pergi lagi.


Ok dah, tu je.

No comments: