Saturday, February 19, 2011

Part 2. Hidup dengan kawan-kawan

Assalamualaikum.


 

Setelah permulaan di kota, aku nak sambung sikit kisah kehidupan survival kononnya di kota lumpur. Hehe.


 

Sejak aku duduk kat Bdr Tasik Selatan (rumah yang sepupu aku carikan tuh) aku mengalami masalah parking kereta. Haha. Jadi aku decide, untuk pulang kereta ibu dan pos motosikal yang aku guna masa belajar dulu. Rempit pun rempitlah. Janji hati-hati dan duit pun agak jimat berbanding kalau bawak kereta. Lepas amik motosikal yang dipos oleh adik aku, bermulalah kisah aku sebagai minah rempit. Hehe. Panas hujan aku redah. Tayar bocor tepi jalan. Alahai pengalaman weh!


 

Okeh, tiap weekend yang aku x balik kampung, mesti aku dan Azie serta Cik Bedah mempunyai agenda yang tersendiri. Luckily mak kepada Cik Bedah memang baik, bila aku dan Azie datang mesti ada makanan best2. Wah terima kasih makcik. Makcik paham2 je kami ni memang pelahap.


 

Salah satu faktor kenapa duit kami jalan macam air adalah sebab kuat merayap. Jangan merayap?? No way! Hati aku sunyi kalau xda siapa2 nak spend masa dan x chill dengan member2. Bosanlah kalau duduk terperuk je kan. Kata jiwa muda, apa lagi.. wayang, shopping, pasar malam, lepak2. Hah lepak ladang lembu kat UPM lagi best. Heaven beb!


 

Ada minggu yang aku dan Azie balik kampung. Rindu kampung halaman kan! Jadinya balik lah. Satu hal bila balik kampung ni, time nak balik kota lumpur semula memang la teramat malas. Tengoklah betapa aku cintakan Batu Pahat! Haha. Siapa yang suka duduk kota lumpur yang sesak dan serabut?? Siapa? Mungkin bukan suka tetapi sanggup atau terpaksa kerana mencari rezeki atau memang asalnya sudah orang Key Ell. Orang2 Key Ell jangan marah ya!


 

Hurm, manusia yang disangka brutal ni tidaklah brutal pun. Hati pun kadang2 macam tisu. Nak balik kota lumpur, mesti rasa nak nangis. Sama feeling macam duduk kat Gopeng dulu. Masa duduk Serdang x pulak kan. Ni lah dia kuasa psikologi. Kalau kau suka buat sesuatu yang kau rasa seronok, maka kau x akan berat hati atau malas untuk melakukannya. Tu teori aku lah.


 

Ohh ye, siapa kata gaji 2k tu banyak? Tidak. X banyak pun. Aku yang hidup single dan tinggal di kota lumpur ni, rasa 2k lebih sikit tu macam 200 ringgit je. Keh2.. tamak kau Farah! Eh x! Sesungguhnya aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Cuma mungkin kos hidup yang tinggi dan aku yang kuat berjalan. Kuat berjalan pasal nak hiburkan hati yang x berapa nak happy. Jumpa geng sekepala yang gila, gurau senda, share2 cerita, wow! Mangancam rasanya. Haha. Thank God for giving me such a good and nice friends. Alhamdulillah.


 

Lots of thanks to my beloved friends who are always by my side. Raidah Mazuki aka Cik Bedah and Nur Aziera Ruslan. Thanks for cheering me up when I'm feeling lost. Dan juga kawan2 lain which is also my kosmate during my study, Nad Si Mami Jarum, Geng2 FAMA (Shukor, Fendi, Wan), Apis Panda, Harith. Si Aida Farhana yang bagi aku tempat berlindung di kala aku tiada rumah. Ex-bedmate, Azi Asminda yang sanggup share katil bila aku lepak bilik dia. Million thank you friends!


 

Ok dah. Bye!

2 comments:

azi sweet said...

i love u

freakyahakz said...

i love u too