Wednesday, March 9, 2011

Hanif dan test 1


Assalamualaikum.

Tadi tengah2 aku kemas bilik, adik aku paling kecik yang aku panggil Anip terjah masuk. Terus landing atas katil aku.

"Adoi2 pening aku buat Add Maths"

"Ko dah kenapa? Baru sikit dah pening2"

Haa lepas tu mula sesi motivasi antara aku dan Anip.

"Kak, aku dah nyesal ni. Tadi aku buat test kimia cam apa je."

"tu la ko.. aku dah cakap kan form 4 jangan main2. Even PMR ko bagus, x bermakna SPM ko akan bagus"

Macam2 aku nasihat dia. Aku x mahu dia jadi macam aku dulu. Belajar banyak main. Akhirnya, fizik, biologi, kimia aku terbarai x dapat A. Mau x sedih. Nasib baik lah dapat masuk matrik.

"nanti aku ajar ko macam mana nak buat nota yang boleh buat ko senang faham"

"ok"

Tu je lah jawapan dia. Memang cool. Aku tengok dia belajar pun cool. Kadang2 macam rajin dari aku pun ada. Bagus lah. Jangan tiru perangai aku yang dulu tu.

Aku membesar memang dengan lelaki. Dua orang adik aku lelaki. Lain orang lain perangai walaupun adik-beradik. Kadang2 slumber cerita hal2 lelaki. Manusia bernama lelaki memang totally different dengan manusia bernama perempuan. Aku ingat lagi alasan ayah mengapa dia x bagi aku bercinta zaman belajar.

"kenapa ayah x bagi Farah main cintan2 zaman belajar? Ki (adik yg bawah aku) tu boleh. Ayah x kisah pun".

"Perempuan dan lelaki ni lain. Ayah takut ko putus cinta ke apa nanti, pastu ko emosi. Nanti belajar entah ke mana, bercinta ko tu lagi entah ke mana. Lelaki x emosi sgt macam perempuan".

Aku diam. Memang betul apa ayah cakap. Lagi satu bapak aku memang open cerita beza lelaki dengan perempuan. Banyak jugak ilmu aku dapat. Lepas tu bila aku baca buku "MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS" lagi macam2 aku dapat. Raidah yang rekemen aku baca buku nih. Korang try la baca.

Tengah2 aku menaip ni, Anip terjah masuk bilik aku lagi.

"kak, kawan aku kat High School dah fail 2 subjek utk 1st test. Hahahaha"

"Subjek apa fail?"

"entah, dia tulis kat FB"

"x apa, jadikan pengajaran utk 1st test ni"

"memang betul2 pengajaran"

Aku x tahu lah sejauh mana kata2 "betul2 pengajaran" yang Anip cakap tu. Harap2 lepas ni Anip dan kawan2 dia belajaq betoi2!! Banyak main korang nih! (Kakak borek adik rintik!) amik kau!


anip yg muda remaja. pagi raya 2010. haha. sempoi abis! entah apa2.

Dah tu je. Ok bye!

No comments: