Thursday, March 10, 2011

Pada malam aku bertanya

Pada malam aku bertanya

Di waktu bintang masih berkerlipan

Dan bulan masih setia menerangkan aku di saat suram

Terfikir, tercari-cari

Anak cengeng ini sudah dewasa

Masih menjelajah setiap pelosok diri

Mencari erti kasih

Adakah kasih itu sememangnya jujur lagi ikhlas

Diam. Tiada jawapan

Tangan ditadah, pantas kepada Tuhan tempat mengadu

Mencurahkan apa rasa hati

Yakin dan pasti, hanya Dia yang mengetahui

Jiwa anak muda yang adakalanya bergelora

Dengan segala macam rasa

Semoga aku, dia dan sesiapa sahaja sentiasa di bawah payungNya.

Amin Ya Rab.

No comments: