Thursday, March 24, 2011

Rasa dekat dengan Dia

Assalamualaikum.

Hai there! Congratulations to those who are succeed in SPM 2010. Ahh u all are superb!

Apa itu kawan? Kawan adalah manusia. haha. Okeh kawan ni ada macam2 jenis. Kawan yang biasa2. Kawan yang memang betul2 kawan. Yang betul2 kawan tu orang kata sahabat. Ya, bukan senang nak cari manusia yang dinamakan sahabat. Orang kata berkawan biar berpada-pada. Jangan sampai memakan diri sendiri. Memang lah. Kenyataan itu betul. Memang ada fenomena kawan makan kawan. Kawan rampas BF sendiri. Apakah? Itu mungkin jodoh diorang. Anda redha sahaja kalau anda pernah terkena. Tak guna kalau anda meratapi benda yang dah berlaku.

Ok berbalik kepada isu kawan. Alhamdulillah aku jarang ada masalah kawan. Zaman aku sekolah, ok saja. Gaduh2 baik semula pastu gelak kuat satu bangunan dengar tu biasa lah. Haha. Zaman aku kat U yang kadang2 aku rasa macam x leh blah. Penah gak gaduh besar punya. Haha. Bodoh rasanya masa tu. Semua sebab lelaki. Kadang2 sebab lelaki kita lupa kawan. Dan kawan2 yang lain pun terasa. Tapi kalau kita positif and simple minded, mesti kita akan cakap "ahh lantak kau lah nak bahagia ke tunggang terbalik dgn BF kau. Aku ada kawan lain lah. Ada aku kesah?" haa kalau kau sentiasa fikir camtu memang senang. Masalahnya manusia selalu fikir complicated. Maka berlaku lah salah faham. Luckily salah faham tu end-up dengan aman. Fuhh. Lega.

Baru2 ni aku ada berSMS dengan ex-rumate aku. Aku tau dia tengah gelora jiwa. Tapi dia x layan sangat rasa tu sebab aku tau hati dia kental. Lama aku berbalas SMS dengan dia. Dia kata "bila aku dah x kapel, aku rasa aku lagi dekat dengan Dia" serius aku rasa macam nak nangis. Aku tiba2 rasa macammm entahlah x tau nak cakap cmna. Dia pun salah seorang kawan yang aku kira bagus. Walaupun dia x romantik2 dan x jiwang main hug2 macam aku dan rumate lagi satu, tapi aku tahu hati dia baik. Yes dia budak baik. Aku kenal dia.

Dan bila aku berbalas mesej di FB dengan kawan lagi satu, dia kata dia masih x ready nak sayang mana2 lelaki. Aku faham maksud dia.

Okehh apa yang aku nak cuba sampaikan, kedua-dua kawan yang berbalas SMS dan berbalas mesej dengan aku di FB aku boleh kategorikan mereka sebagai kawan yang baik.

Dan aku juga bersyukur sebab Allah kurniakan aku kawan2 yang baik. Yes, perangai memang macam2 tapi tu hal diorang lah kan. Kita jangan masuk campur. As long as kita jaga relationship sebagai kawan dan jaga hati kawan2 kita. Tu dah cukup baik. We must give and take. Ingat tu. Dan janganlah kau terlalu baik hati sangat sampai orang pijak kepala kau. Buat baik pun berpada-pada. Faham?

muka kebulur enak menyantap mcD kat atas MTDC

Ok dah, bye!

No comments: