Thursday, March 10, 2011

Tiada lagi benci

Kenangan tercipta tiada siapa terduga

Waktu aku dan kau saling membenci

Jumaat yang cerah, yang mulia

Tetapi dua manusia saling wujud rasa tidak puas hati

Entah kenapa

Tidak pernah terlintas untuk aku rasakan sebuah kebencian

Yang terbit hanya jelingan rasa menyampah antara aku dan kau

Seolah-olah cas negatif yang mengalir di segenap sanubari

Sesungguhnya aku insaf

Tidak sepatutnya aku rasakan sedemikian rupa

Kita manusia sama sahaja tarafnya

Itu takdir kita berjumpa dan menjadi rapat

Kisah seterusnya tiada siapa tahu

Hanya Dia yang tahu.

No comments: