Monday, April 4, 2011

Demand gaji.

Assalamualaikum.

Kerja makin banyak. Tapi x pe ah, cool sudah. Bukan kau dekat Kota Lumpur pun. Kerja dengan Rimau dulu lagi stress. Hidup rasa x secure langsung. BOSAN.

Dia kata aku pencinta kesesakan yang telah kebosanan. Haha. Siapa kata aku pencinta kesesakan? Never! Aku ni sebenarnya more to tempat yang tenang. Siyes, x suka tempat serabut busuk dan entah apa2. Tapi x nak terlalu aman sampai senyap x ada bunyi. Bingung weh kalau senyap sangat. Pun bosan jugak. Jadi nya, aku ni golongan tengah2.

Cakap pasal budak lepasan grad yang demand gaji tinggi. More than 2.5k, amacam? Yes, kalau hidup kau nak serba serbi lengkap dan fun, 2.5k memang x cukup. Masa aku kerja dengan Rimau, gaji aku 2.47k dan tolak SOCSO serta KWSP tinggal 2.1k camtu. Duduk pulak dekat Kota Lumpur. Yang bila hari minggu x suka duduk terperuk kat rumah, hang-out dengan kawan2, yang hari minggu suka balik kampung, duit tu jalan macam air jugaklah. Lagi2 aku jenis kuat makan. Disebabkan makanan mahal dan malas makan telah menjadikan aku jadi kurus masa duduk dekat Kota Lumpur.

Kau bayangkan kalau kau baru-baru kerja, gaji kau 2.5k per month dan kau pakai Iphone, kau bayar kereta tiap2 bulan, bayar bil segala, sewa rumah, makan minum, duit kat mak bapak, duit untuk berlibur (wayang, hangout etc), duit nak saving (either ASB, tabung haji, etc). dan adakah 2.5k itu cukup? Haha. Mestilah tidak kan. Jadi, kita lah sebagai yang muda, baru nak mula hidup setelah berhempas pulas bertahu lamanya belajar, kau pun kena lah bijak handle duit. Yes, bila kau baru lepas grad, kalau kau demand gaji yang over, majikan mana nak layan kau? Lainlah kalau kau kerja dengan company macam Petronas ke ExxonMobil ke kan, kau x payah demand, memang dia bagi gaji banyak.

Jadi dan jadi, kalau kau nak cepat kaya, kau fikirlah sendiri jalan terbaik untuk membuatkan hidup kau lebih senang. Yang pasti jangan menyusahkan orang lain. Minta tolong x apa tapi jangan bagi orang lain kusut termasuk mak bapak yang dah banyak berjasa dari kau kecik sampai kau dah bangka.

Mana ada benda senang kat dunia ni. Kalau kau nak, kau usaha.

Setiap manusia ada impian sendiri. Tetapi kadang2 kita sendiri telah menganiaya diri sendiri. Maka lenyaplah impian tersebut. Fikir-fikirkan.

2 comments:

Mat said...

kalau kau nak, kau usaha. Peh! Tpat dan pdu..

Power2..

blog power.. Kih kih kih..

faRahAdILa said...

@mat : mmg padu. hehe