Saturday, April 16, 2011

Semoga kau tabah


Assalamualaikum.


 

Aku ada kawan. Orang panggil dia Din. Dulu dia adalah partner MTM dengan aku. At first masa aku tau dia adalah partner aku dalam MTM, aku rasa macam tiada keyakinan langsung dengan dia. Tak baik sungguh aku kan. Lama2 bila aku bekerja dan buat aktiviti sekali dengan dia, aku dapat rasa, dia memang baik! Dannn super cool (yang ni aku cam x leh nak go on sgt, sebab certain benda kita x boleh terlalu cool). Setahun aku bekerja dengan dia sebagai MTM Kerjaya dan Alumni. Pergi meeting kat Pusat Alumni sama-sama. Join QKP sekali dengan Yati. Pegang jawatan dalam QKP, pergi meeting malam2 dekat Kolej 17. Dan macam-macam lagi. (oh, jangan fikir bukan-bukan, samada aku atau Yati x pernah pun naik moto dengan Din). Dan Din ni bukan setakat partner MTM, geng QKP, tapi kosmate aku jugak. Selain dari tu, Din ni memang amat la pemurah. Aku, Azi, Suri suka 'pau' dia. Ada sekali tu, kami saja cakap "Din, belanja coklat!". Tiba2, dia mesej, suruh ambil kiriman yang kami minta tadi. Bermacam coklat yang Din belikan untuk kami. Tiba2 aku rasa macam kesiannya. Kitorang buli dia ke? Tidak. Din ikhlas. Dia suruh kitorang makan je dan jangan fikir rasa bersalah ke apa. Sebagai pencinta coklat yang sejati, kami teramat lah bersyukur. Siapa nak bagi lambakan coklat yang super best??


 

Lepas kitorang abis belajar pada April 2010 dan bergraduat pada Oktober 2010, semua orang sibuk nak cari kerja, mula hidup baru. Untuk certain orang dan aku tidak terkecuali, telah melalui pelbagai onak ranjau dan duri sepanjang tempoh tersebut. Kadang2 rasa macam looser x berguna, bosan, sunyi dan macam-macam lagi. Bagi Din, dia lalui kehidupan ni dengan penuh tabah. Dia diduga dengan bermacam dugaan. Dan mungkin x semua orang boleh hadapi dugaan yang Din tempuh tu. Sebelum Din bergraduat pada Oktober 2010, kakaknya telah kembali ke rahmatullah. Si Ibu pula sakit. Dan kini sekali lagi Din diuji apabila ibunya yang tercinta dimasukkan ke CCU Hospital Sultanah Bahiyah.

Tadi aku dapat mesej dari Syila yang menyatakan ibu Din sedang sakit akibat serangan jantung. Semoga Din terus tabah dan kami rakan-rakan insyaAllah akan mendoakan kesejahteraan buat ibu Din.


 

Setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Semoga kau tabah Din.

*kadang2 aku rasa bersalah bila kenang balik apa yg aku buat kat dia dulu. Sori Din! Aku memang degil sikit. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Dari kesalahan kita belajar untuk memperbaiki keadaan.

2 comments:

Harith Z. said...

bertambah sedih ak bace tulisan ko farah.

faRahAdILa said...

harith: huhu.. kehidupan yg harus ditempuhi walau perit mana pun ia. sama2 kita doa utk kesejahteraan semua. smoga mak din cpt sembuh. syila ckp 2 hari lepas mak dia x sedar, bru arini die stabil ckit.
aku pun salute kt ko harith. parents jauh n ko pgang amanah jaga adik2 yg kt cni. gud job harith. be a good eldest ever!