Thursday, April 21, 2011

Serpihan duka



Ia adalah peristiwa yang tetap tersemat indah

Biar perit untuk ditelan apatah lagi untuk dinikmati enak

Telah terkubur sebagai kisah semalam yang masih tergantung kesudahannya

Bukan dipinta dan bukan juga diundang

Hadirnya sendiri

Dan hanya senyuman yang mampu untuk dihadiahkan

Amarah dan hasad jauh sekali

Ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir

Cukuplah tumpahnya serpihan duka lalu

Biarkan lara itu berlalu

Usah dikenang jikalau rasanya pahit

Gelak tawa senyum indah masih mampu dilontarkan

Duka lara air mata tersimpan jauh di sudut hati

Semoga masih ada pelangi untuk hari esok.



p/s: janganlah fikir apa2 untuk entry ini. Ini entry merapu saja. Mungkin ada yang faham dari pelbagai sudut. Saja-saja tulis sebab dah lama x tulis. May Allah bless. :D

No comments: