Wednesday, May 4, 2011

enam sahaja

Assalamualaikum.

ini sahaja yang sempat disebat semasa KLIBF 2011. kenapa semuanya novel? saja. sebab adik yang lagi seorang itu sudah beli buku2 ilmiah yang berunsur agama. hehe. 5 dari 6 novel di atas memang aku dah survey awal2 untuk beli. mula2 aku g web Jemari Seni, search the latest novel. lagipun, aku memang pelanggan secara on9 kat JS. novel dia lain dari yang lain. bukan semedang je pasal cinta. tidak. banyak berkisar hal kehidupan yang tidak terlalu berat sebagai bahan bacaan remaja.


Contengan Jalanan by Hlovate memang banyak beri kesan dalam diri aku. banyak buat aku berfikir apa yang sebenarnya aku mahukan dalam kehidupan dan adakah aku sudah menjumpai erti hidup yang sebenar? ya, aku ini adakalanya jahil. seorang rakan bertanya "kau ada rasa nak transform x bila baca novel ni?" aku jawab "ada" dan dia jawab semula "aku pun, tapi x tau nak mula dari mana." dan itu juga yang aku rasa.

bila tiba bab si Ku Kamaruzaman atau K-square merantau ke Jakarta selepas Sydney, apa yang diceritakan itu membuatkan aku  berfikir dan terus berfikir. sewaktu aku menjejakkan kaki ke kota Jakarta pada 2008, seingat aku, kota itu sarat dengan manusia. anak kecil ke sana sini mencari rezeki. ada yang meminta sedekah, ada yang menjual bahan bacaan lucah. menggendong bayi (barangkali adik mereka) dan berjalan ke segenap pelusuk kota mencari rezeki. ada yang berselipar dan ada yang berkaki ayam. sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. KESIAN.

ok lah, aku x mahu ulas panjang2, nanti x surprise pulak untuk mereka yang belum baca. oh ya, novel Maryamah Karpov by Andrea Hirata itu aku beli kerana aku mahu tahu apakah pengakhiran cerita anak2 Belitong (kesinambungan dari cerita Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi).

bagi aku, walau ke mana sekalipun kita menjejakkan kaki, perhati lah ragam keliling. gelagat asli manusia dan panorama kehidupan itulah yang akan mematangkan kita dan memberi pengalaman berharga di masa hadapan. jangan seronok shopping dan bersuka-ria sahaja. ;)

2 comments:

-Aida Ismail- said...

besh!i've no word for my life rite now..mcm xde arah..loss 4 a while~

faRahAdILa said...

aku pun lost! dlm dilema! tp aku bosan kerja. erghh