Monday, May 2, 2011

Mencari erti hidup


Kenapa tiba2 aku dah bosan dengan apa yang aku dapat selepas aku grad? Aku kerja, tiap2 bulan dapat gaji. Tapi aku rasa x ke mana. Apatah lagi lepas aku baca Contengan Jalanan. For what kita buat benda yang sama hari2 tanpa rasa bahagia dalam pekerjaan yang kita buat? Aku rasa kerja tu bahagianya bila dapat duit. Yang lain, aku tidak tahu di mana bahagianya. Adakah kerana aku membuat kerja yang bukan minat, bukan dari hati yang betul2 ikhlas, dan bukan dengan rasa untuk kaya? Tu apa maknanya? Sampai bila harus macam ni? Sepanjang aku baca, aku amati betul2. Ya, aku masih belum dapat apa yang dikatakan erti hidup. Di usia 23 tahun, adakah aku mengalami krisis dengan diri sendiri? Mungkin ya. What ever pun, hidup ini tidak boleh sentiasa berada pada landasan yang selesa sahaja. Sesekali perlukan cabaran. Macam lah x pernah rasa sendiri kan? Macam mana nak mula hidup di tengah kota dulu? Peritnya hanya Allah yang tahu.

Baru perancangan. Kisah seterusnya masih tergantung. Doakan aku ya.

No comments: