Sunday, May 29, 2011

Majlis kahwin mesti besar-besaran ke?


Assalamualaikum.

Telah bermula cuti sekolah. Maka, akan bermulalah perang kenduri kahwin di sana sini. Kadang2 bila aku pergi ke suatu tempat kenduri kawin, dlm hati berdetik,

"meriahnya oi. Banyaknya duit buat kenduri besar-besar gini. Huuu"

Kalau aku nanti macam mana? Mana aku ada duit nak buat sebesar semeriah macam ni. (mood gatal sekejap walaupun masih belum ada calon. Keh2)

Seingat aku masa belajar kat sekolah agama dulu (aku bukan pelajar Sek Men Agama, tetapi di Johor ada Sekolah Agama Kerajaan Negeri di sebelah petang), Islam x menyusahkan penganutnya untuk buat majlis besar-besaran. Cukup sekadar mengadakan majlis untuk memberitahu umum bahawa pasangan itu telah bernikah dan halal untuk bersama. Ini yang aku ingat. Termaktub dalam kitab Munakahat darjah 5. Well, aku kan suka belajar Munakahat. Favourite subjek. Tapi masa Darjah Khas dapat aggregate 4 je. Bukan favourite subjek pulak dapat aggregate 1. Haha.

Lagi satu soal duit hantaran. Fenomena sekarang, kalau ada degree, kononnya wajib 10k atau lebih. dahtu, kalau anak kau tu kahwin dengan orang biasa2 bukan anak orang kaya dan baru nak mula hidup (kerja) setelah beberapa tahun perah otak belajar, sampai hati kau nak dera bakal menantu suruh carik jugak duit RM10k? maaf cakap, fenomena tu dah macam jual anak. Come on pakcik2, makcik2. lainlah kalau bakal menantu tu kaya atau memang dia mampu nak bagi lebih. Macam dalam cerita Nora Elena kat TV3 tu. Seth Tan bagi 50k dekat Nora Elena. Blink2 mata u! 
Aku salute kat member aku masa kerja kat Rimau dulu. Dia ada degree accounting dan akan bertunang bulan Julai nanti. Sembang2 pasal tunang, duit hantaran, dia kata:

" x adalah sampai RM10k, ayah aku bukan nak jual anak. Tapi x tahulah kalau dia (bakal laki kawan aku) nak bagi lebih."

Aku pun cakap kat dia,

"Bagus2. Macam tu la yang sepatutnya." Sambil buat tabik spring kat dia (tipu. sebab sembang dalam phone, macam mana nak tunjuk tabik spring kat dia)

Benda simple x perlu diberatkan. Dan semua orang sedia maklum, mas kahwin paling murah adalah negeri Johor. RM 22.50 sahaja. Kenapa murah? Aku pun x pernah discover hal ni. So, beruntunglah siapa yang kawin dengan awek2 Johor. Save budget tang mas kahwin. Hahaha. Ok, jangan amik serius. Melawak sahaja.

Pada pendapat peribadi, kalau nak buat majlis grand ke x grand ke, terpulang kepada individu. CUMA, janganlah sampai rasa terbeban. Duit untuk selepas majlis perkahwinan tu lagi penting sebagai permulaan ke arah kehidupan baru. Dalam erti kata lain, bina keluarga baru. Kalau anda dah suka sama suka, janganlah beratkan bahu pasangan anda untuk menampung bermacam perbelanjaan ketika majlis perkahwinan. Sebaliknya, berpada-padalah. Dan yang penting, saling ingat-mengingat. Kalau aku nampak over bila turn aku nati, ingatkan aku OK.

Tu saja. Bye!

8 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

hehehe amboiiiii.. dh stat wat entry hantaran ni...ehem3

Farah Abdullah said...

haha. xde kena mengena hokayyy. pani, ko ble nk kawin? ko suda diikat. jgn nakal2 nooo. ;)

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

Hope fara cepat kawin... xsbr nk bg becek kat die... hehehe
Kawin besar-besaran terpulang pada masing2.. tp yg seeloknya hanya sederhana.. tahap sederhana org pun mungkin berlainan.. yg penting bile kata nk kawin, tunjukkan sungguh2nya nk kawin, sbb org akan perhatikan.. org akan perhatikan masa kenduri kawin tu, biar sederhana tapi nmpk kemeriahannya... kumpul duit banyak2 wat besar-besaran jemputanya, biar jemputannya ramai, bila ramai yg dtg, ramailah yg akan doakan perkahwinan tu lebih baik dn terus berkekalan... hehe.. tp klu rezeki xselayaknya, xpela..
yang adat tu, mungkin ada sesetengah org xsuka sanding atau sebagainya..
tp adat ni kekadang ia juga menunjukkan tahap kesungguhan setiap pasangan tu nk kawin, merisik, meminang, akad nikah, itu semua ibarat mcm temuduga, hehe.. klu lepas baru la boleh nk amik anak dara org..
Adat lain yg unik dn yg kebanyakannya dh kurang atau xde pun kat negeri lain, seperti, malam majlis berzanji n khatam Al-Quran sebelum akad nikah, ish terbaik la.. rewang pulak msh banyak kat johor, kat negeri len yg aku dengar, sume dok banyak nk katering je... xde sifat kemasyarakatan langsung.. KAHWIN NGAN ORANG JOHOR MEMANG BERUNTUNG SANGAT! HEHEHE

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

Tambah sikit, lagi2 orang batu pahat.. ehhehe

Farah Abdullah said...

hahahahha. peh rmai sungguh doakan aku cpt kawin. lg2 masa besday aku aritu. rmai gler wish kt fb, "hepi besday, smoga cpt kawin" kakaka. amin.. terima kasih ats doa2 itu.
haaa mmg untung sape kawin dgn org johor. sporting lg best. smgt kemasyarakatan tgi. rmai org luar kata kawan or kawin dgn org Johor ni best! peh proud to be JOHOREAN. haha, tetibe lak!
ko dpt org kedah pun ok apa. blh belajaq dok hingaq. hahahahha. kem salam kt awek ko.

Harith Z. said...

cite kawen je byk komen. sms la kt mmbr ko tu "ak tabik spring kat ko".

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

Haha.. aku memang ngah nk menjohorkan org kedah tu... hehe... sikit2 dh jd org johor... hehehe

Farah Abdullah said...

harith: sbb ramai yg gatal nk kawin. kah2. ko bkn ke nk kawin awal? ahaa

liwa: ko johorkan dia xpa, jgn jawakan dia. nangis mak bpk dia. abis lidah tergeliat x reti ckp kedah kang. kah2