Sunday, June 26, 2011

Contengan Jalanan dan Quartet



bila selesai baca 2 benda ni, macam2 rasa datang dalam diri. bukan buku agama yang direct cerita hal agama. ia hanya novel yang menceritakan serba sedikit mengenai hal agama. bagaimana seorang manusia mencari erti hidup dan dalam masa yang sama mencari keredhaan Tuhan.

Contengan Jalanan. 
ada dua cerita. satu cerita pasal K-square, satu lagi cerita pasal Fend. mereka bukan siapa2, mereka juga manusia biasa macam kita. bagi Fend, mengikut Chad ke Australia mengembara dan secara tidak langsung menyambut Ramadhan di bumi kangaru itu adalah sesuatu yang dia tidak pernah dia dapat. tidur di masjid, mengaji di waktu senggang, mendengar ceramah, membersihkan masjid, macam2. untuk K-square pula, perjalanan mencari erti hidup telah membawa dia ke Jakarta selepas backpacking bersama Fend di Australia. dia ke Jakarta bukan untuk bercuti tetapi untuk mengamati kehidupan manusia. dan dari pengamatan tentang ceritera kehidupan manusia di Jakarta, barulah dia faham apa erti hidup yang dicari selama ini.

Quartet.
bertemu dengan empat lelaki pada musim yang berbeza. lumrah perempuan, mudah sayang pada lelaki. mudah suka pada lelaki apabila diberi perhatian. sukar bagi Misa untuk mengawal setiap perasaan luka itu. dan dari situ juga dia mula mengenal dan lebih hampir kepada Yang Esa. emak mahuka menantu seperti Sami Yusuf, sedangkan Misa belum cukup baik untuk bersuamikan lelaki yang baik. sedikit demi sedikit, dia berubah ke arah yang lebih baik. itu hidayah dari Allah untuk Misa. untuk perempuan2 yang mudah terjatuh sayang pada lelaki, bolehlah baca. aku rasa korang akan lebih mengerti kot. :)

2 comments:

-Aida Ismail- said...

asal la ms jln2 ritu,aku xigt tajuk buku nih(contengan jalanan)..dok pk,ixgt jgk,last2 xbeli buku pon..

faRahAdILa said...

huu len kali msj aku. cnfirm aku rekemen kan. cm azie, die nk cri buku dok mesej aku mntk suggestion. heheh