Thursday, June 16, 2011

Penangan Seth Tan di kalangan gadis2 Malaya

Assalamualaikum.

Isnin hingga Khamis, 7.30pm. semua orang tahu dan sedia maklum. masing2 akan bertapa depan TV untuk tengok Nora Elena. keh2.. dan bila aku usha blog, twitter mahupun facebook, sudah ramai yang angaukan Seth Tan. aku? biasa-biasa je. ini serius. aku x rasa pulak nak angau abis-abisan kat Seth Tan tu sampai mengimpikan nak suami yang 100% macam Seth Tan. haha. itu aku. pendapat aku. mungkin sebab aku dah banyak baca novel cinta. jadi feeling tu x adalah nak memuncak sampai 200%.

aku pun masih ragu-ragu, wujudkah lelaki seROMANTIK, seHENSEM, seBAIK, seSABAR dan seSOPAN Seth Tan?? eheh. hidup aku dikelilingi lelaki. adik2 aku lelaki, bapak aku lelaki, kawan lelaki? ramai tp x adalah ramai sangat. cuma aku kalau berkawan dengan lelaki memang senang masuk as along as lelaki tu x annoying. dan kadang2 ada lah jugak topik2 hangat seperti 'watak lelaki zaman sekarang' di perbincangkan bersama mereka. mereka sendiri akui, memang x ramai lelaki macam Seth Tan. dan x semua perempuan juga akan suka dan minat dengan lelaki macam Seth Tan.

perempuan. ada sesetengahnya yang tidak begitu gemarkan belaian yang over, mereka x suka dimanjakan over dose. mereka rimas. sebab apa? sebab dah memang mereka x suka. kurang minat mungkin. dan ada juga sesetengah lelaki yang merimaskan. oh every single thing wajib cerita, kalau x, merajuk. kalau lambat reply mesej, merajuk. (cabut gigi sebatang baru tau!)

tapi Seth Tan cool? memang lah cool. siapa x nak dapat suami macam tu. yang sayang kau sepenuh jiwa, yang cari dan tunggu kau bertahun-tahun sebab nak tebus balik kesilapan lepas, yang bersungguh-sungguh belajar hal agama, yang hormatkan mak bapak mertua, siapa x nak kan?? semua perempuan nak. dan mungkin sebab itulah Seth Tan telah menjadi igauan gadis2 Malaya.

bagi perempuan2 muda yang dah berkahwin macam mana pula? masihkan terigaukan Seth Tan x? oh mestilah mereka bersyukur dengan suami sendiri. bersyukur dengan jodoh yang Allah dah tentukan buat mereka. ye dak kakak2 sekalian? hehe.
oh nora elena. oh seth tan. kekeke

ok dah, tu je. bye!

2 comments:

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

Nak cari org mcm seth tu senang je... dr skola rendah ko jumpe dia... haha... dia lelaki yg selalu ngan ko mase kecik2 dulu g raya umah cikgu.. hehehe.. duk taman gading.. hahaha

Farah Abdullah said...

haha. bajet ah ko. sorry lah, aku x berminat lelaki geli2 manjang ni. boring weh. xpa, janji aweks kedah ko puas hati. kakaka