Sunday, June 12, 2011

Secebis rasa semalam


Assalamualaikum.

Kadang2 rasa pentingkan diri itu perlu juga wujud. Tetapi, kadang2 juga, rasa pentingkan diri itu adalah keterlaluan. Manusia. tak akan pernah cukup dengan apa yang dimiliki dan pasti akan ada rasa mahu lebih dari orang lain. Kenapa? Mungkin itu lumrah kehidupan manusia di muka bumi ini. Sebab itu perlunya agama yang boleh membimbing kita ke jalan yang lurus dan diredhai. Roommate masa dekat KMPk dulu pernah cakap, kalau kita tiba2 ada rasa riak, x puas hati or what so ever rasa yang x baik, cepat2 beristighfar. Setidak-tidaknya kita masih waras dalam menilai baik dan buruk serta masih ingat pada DIA sebagai Yang Esa. Setiap apa yang kita peroleh sekarang ini juga datang dari DIA. Jika dugaan yang hadir, itu adalah ujian dari DIA juga. Adakah kita ini kuat atau tidak. Dan sejauh mana iman kita dalam menghadapi dugaan tersebut. Jika khabar gembira yang kita terima, maka ucapkanlah Alhamdulillah. Berterima kasih di atas setiap pemberian yang dikurniakanNya. 
 Pernah rasa?

Alhamdulillah, :)

Terkadang hidup rasa terumbang ambing, biasalah. Pahit getir itu pernah dilalui beberapa bulan yang lepas. Apabila segala benda terletak di atas bahu sendiri. Menguruskan hidup sendiri. Mencari tempat berlindung untuk diri sendiri. Mencari keseronokan dan kepuasan untuk diri sendiri. Semuanya. Sendiri. Pada ketika itu baru manusia tahu langit itu sememangnya tinggi. Bukan semua benda dapat dicapai. Seperti langit yang terlalu tinggi untuk dicapai apatah lagi untuk disentuh. Pada tika itu juga barulah sedar mana satu kawan dan mana satu lawan. Senyum tawa masih mampu terpancar, gelora rasa dalam hati siapa tahu? DIA sahaja yang tahu.

Permulaan hidup tidak seindah yang disangka. Kau masih bertuah kerana kau masih ada Tuhan untuk mendengar setiap rintihan hati kau. Kau masih ada keluarga untuk kau mengadu. Kau masih ada kawan yang sedia meminjamkan telinga. Dan kau masih ada dia untuk kau ceritakan episod duka lara dalam hati. Kerana itu manusia ini masih bersyukur dengan setiap inci kegagahan, keseronokan, dan kesenangan yang dikurniakanNya.

Dari itu, aku konklusikan bahawa setiap perjalanan, setiap ranjau yang aku tempuhi sendiri itu lebih bermakna dan lebih terkesan dalam diri ini. Hiduplah di luar kotak selesa. Maka kau akan memperoleh sejuta rasa serta pahit getir kehidupan sebenar. Guru paling bermakna dalam kehidupan adalah PENGALAMAN. Maka, carilah ia. Pengalaman tidak pernah wujud di mana2 buku di dunia ini, melainkan penceritanya yang menceritakan di dalam buku tersebut.

2 comments:

malin_purple said...

Perlu pentingkan diri. if not smpai bila kita sakt hati which leads to TAK IHKLAS dan amarah. hehe

Farah Abdullah said...

yes, sumtimes pentingkan diri itu perlu. kalo x, sampai ble2 kita kena pijakkk! hahah