Friday, July 8, 2011

Ingat jugak

Assalamualaikum.

'Jika kau berkawan ataupun bersahabat, berkawanlah dan bersahabatlah sebaik mungkin'.

Kadang2 dalam kehidupan harian, kita x sedar kita buat salah, kita kecilkan hati orang, terngumpat dan bermacam ter lagi. Kita sangka yang buruk tentang seseorang. Manusia. Susah untuk bersih hati nya.

Apa rasa bila ada satu kawan yang adakalanya kau ada rasa x puas hati, ada rasa bengang, dan ada rasa amarah padanya, tiba-tiba buat sesuatu yang tak kau jangka. Kata-kata maaf dan penghargaan yang bagi kau adalah sesuatu yang mengharukan jiwa. Mungkin aku emosi. Tapi itulah hakikat. Untuk satu kepergian ke tempat yang mulia dalam agama Islam. Semoga langkah itu diberkati Tuhan Yang Esa dan juga semoga dilimpahkan hidayah dariNya. Amin.

Terima kasih kerana masih ingat aku. Masih menghargai aku sebagai kawan. Maaf kembali daripada aku.

2 comments:

Syuhada said...

kawan perlu menerima kawannya seadanya dan menegurnya apabila dia khilaf. :)

faRahAdILa said...

dan itulah yang dinamakan kawan terbaik. :)