Saturday, July 9, 2011

Braces? apa tu braces?

assalamualaikum.

semua orang tahu braces kan. pendakap gigi dalam bahasa Melayu nya.
aku salah seorang pemakai braces ketika di alam sekolah menengah. kenapa pakai braces? sebab gigi aku kucar kacir, ada taring dekat atas. ada gigi lapis dekat bawah. lepas tu ada gigi kapak lagi. aku syak gigi jadi kucar kacir disebabkan gigi susu aku dulu adalah kecik2, bila tumbuh gigi kekal, besar2. jadi space x muat. rasanya lah. lupa nak tanya dentis, Dr Teo tu.

mak aku cakap, masa kecik, antara 3 beradik, gigi aku paling lawa. tapi bila dah besar, gigi aku paling horrible. kesian. waktu form 3, parents aku memang galakan suruh pergi buat braces. mungkin mereka kesian tengok anak perempuan nan seorang ni giginya tunggang langgang. kahkah. dan aku pun memang determine nak pakai braces. sakit pun sakit lah. confident diri agak down bila orang cakap pasal gigi.

gigi kekal yang elok telah dicabut sebanyak 4 batang semata-mata untuk bagi space kepada gigi2 lain. taring tak akan dicabut. oh cakap pasal taring, family belah bapak memang berkeupayaan menghasilkan taring. cousin2 aku berapa ramai ada taring da. sengih je confirm taring nampak dulu. sama macam aku. eh tahu x, taring tu pemanis muka juga tau. ;p dan sampai sekarang, taring menjadi pemanis muka aku juga. kahkah. masa kerja di Rimau, aku dan satu lg member memang ada taring, sengih je mesti nampak taring. abang tu siap cakap, "eh korang budak baru ni semua bersiung siung eh?". kasaq sangat tu bang~ aih.

masa nak cabut gigi tu amat lah terseksa. bius nya rasa sampai ke hidung. bila braces dah dipasang, terseksa juga seminggu. nak makan x lalu, gigi sakit. ulser lagi. sabar. bila dah lama2 pakai braces, rasa best. sebab boleh tukar kaler. boleh request kat doc nak pakai kaler apa. masa tu ada dua orang classmate yang pakai braces. so tiap kali pas g check-up akan excited tunjuk kaler baru braces masing2. haha. paling suka is pink and purple. gigi atas pakai pink. gigi bawah pakai purple. wewiit~ haa memang perempuan abis. lawa. aku suka. :)

x lama lepas tu doc bg satu bungkus getah. getah ni kena pakai selalu untuk rapatkan gigi. sakit oi masa mula2 pakai. dah la x boleh cakap luas. nak gelak besar2 lagi x boleh. nak makan pun sama. alahai sopan anak emak. masa aku makan twisties, sedap tengah krak kruk mengunyah, tiba2, TAP! "adoi" getah putus, terjentik mulut. dengan sendirinya. x ada sesiapa nak jentik. kahkah. member aku, gelak besar2, pun getah putus jugak. pun sengal juga.

x lama lepas tu, bila kedudukan gigi dah ok, dentist akan provide retainer. pakai la selama mana yang dentist suruh. kalau x pakai, ada possibility untuk kedudukan gigi tu lari berkejaran. haha. retainer ni macam gigi palsu. kena berus, kena jaga la senang cerita. tapi dia juz macam dawai je pun. x hodoh pun.

begitulah kisahnya pemakaian braces. best? aku rasa best time dapat tuka kaler braces tu. dan sekarang, gigi aku xde la rata cantik macam gigi fazura tu. ada gak yang lari. dan off course gigi kapak memang x leh nak buat apa lah. bersyukur la weh. manakala gigi taring dan gigi yang dulunya berlapis telah kembali ke kedudukan yang lebih baik. alhamdulillah.

kos pakai braces berapa? em. kalau buat kat swasta reach to 1k ++ kalau buat kat gov, aku x sure, kena bayar sikit je kot. atau kalau ada kabel baik, mungkin x payah bayar. biasalah gomen. kabel manjang kan. masa aku nak buat, bapak memang suh g private cz siapa nak hantar and tunggu lama2 untuk aku pergi check-up? so x pe la korbankan duit sikit (bukan nak berlagak oke). dan bila ada klinik pergigian datang sekolah utk check gigi student, ada 1 nurse tu boleh plak sound aku kenapa x buat dekat klinik gomen. aku rasa macam eh kenapa nak sound aku? hak masing2 kan.


ni gambar time pakai retainer. masa ni kat matrik gopeng. dari kiri tu sri, pastu aza pastu aku. ni antara budak2 batu pahat yang tercampak kat gopeng-hagen, perak nun. selalu homesick rindu batu pahat dan x dapat makan asam pedas. kesian.

k dah tu je, bye! ops! kepada bekas pemakai braces, yang sedang pakai braces, kita geng! heheh

3 comments:

Anonymous said...

skng nk pakai maw 6k++ hahaaa..

-Aida Ismail- said...

6k.??peh mahalnyer...

faRahAdILa said...

anon: yeke 6k? mahal bebeno.

aida: aku x sure. dlu aku bwt 3k cz bergantung pd gigi gk. kalo gigi ckit je prob, murah la. dlm 2k dh dpt. harga tu termasuk semua service, cuci, cabut, tampal.