Wednesday, July 13, 2011

leceh

sejak bila amik tau pasal politik? minat ke?
x minat. tapi macam kena amik tahu sebab aku dah daftar kat SPR. aku kena pk, mana nak pangkah nanti. bukan sembarangan pangkah.

bila duduk rumah, tolong bapak, pergi sana, pergi sini, kepala otak makin terbuka. bukan nak kata sebelum ni kepala otak tutup pasal politik. tak. tapi kurang amik tahu. sekarang baru kepala otak ni boleh fikir pasal politik sux tu. rasa nak amik tahu. at least, kalau orang sembang pung pang pung pang, aku faham.

takut negara huru-hara x aman? sekarang mata kasar memang nampak aman, krisis dalaman mana rakyat tahu. ada sesetengah yang tahu. x semua. sebab tu aku kata kepala otak kena bukak. x kata yang kerajaan sekarang ni salah semedang dan benar semedang. tidak. tak kata buletin utama tu sentiasa betul. tidak. cuma rakyat dah letih weh. masing2 fikir nak cabut dari malaysia. aku? aku sayang negara ni.

masa aku pergi btn dulu, memang lah diorang kondem abis2 kat pembangkang. cuak jugak bila penceramah tu hentam tok guru kaw2, budak2 yg memang penyokong tok guru hangin. x kira lelaki ke perempuan, aku tengok memang diorang hangin. ade ke cakap patung buddha kat kelantan tu kerajaan negeri kelantan yg bagi? sejak bila wei? tu duit diorang tahu x. diorang yang menganut agama buddha tu. diorang kumpul duit, ada dana sendiri, dan kat sana memang ramai pun pemastautin dari Thai, jadi tu semua duit diorang, dana diorang. dah aku malas cakap lebih.

nanti masa nak pangkah, kau fikir lah. kadang2 kalau kau pangkah apa yang kau mahu pun, ada juga kepalsuan dalam undi kau. nak buwek cmno kan. leceh.