Monday, July 18, 2011

Ubat jiwa

untuk setiap kata-kata yang mungkinnya bukan lahir dari sepenuh hati tetapi hanya separuh hati, janganlah terlalu diratapi. terkadang manusia itu fikirannya kacau, hatinya sesak, jiwanya bilau.

untuk apa dikenangkan benda yang sudah dan lepas, untuk apa diharapkan benda yang tidak mungkin akan berlaku, dan untuk apa menaruhkan rasa untuk sesuatu yang entah akan jadi atau tidak.
semua itu dalam kuasaNya. jangan berhenti berharap dan berusaha lalu berdoa serta bertwakal kepadaNya.

jika derita hati, ubatlah hati.
jika parah jiwa, pulihkan jiwa.
hanya santapan rohani itu makanan jiwa. yang akan membuatkan jiwa dan hati lebih tenang.

"permintaan hambaNya yang kerap berzikir dan membaca ayat suci al-quran akan lebih dahulu didengariNya berbanding permintaan hambaNya yang kurang kerap berzikir serta membaca ayat al-quran"

lebih kurang macam tu lah. khutbah Jumaat yang aku dengar pada sembahyang Jumaat minggu lepas rasanya. ohh ye, aku x pergi sembahyang Jumaat tapi aku dengar di televisyen saja. :)

2 comments:

En iLHAM said...

betul
sebaik-baik ubat dalam dunia adalah zikir dan istighfar. jiwa akan menjadi lebih tenang dan hati akan jadi lebih bersih.

Farah Abdullah said...

syamil: insyaAllah mari sama2 bersihkan hati. amin.