Friday, July 1, 2011

Ulat buku? belum lagi

Assalamualaikum.

aku bukan ulat buku tahap tegar. tapi memang aku suka buku. kalau letak rantai emas besar2 dan buku super best depan mata, aku akan lebih pilih buku. percayalah.
entah baka mana aku dapat. mungkin bapak. mungkin semulajadi. tiap kali nampak buku yang aku rasa best, dan orang cakap best, nafsu membeli memang meronta-ronta. namun, ku tahan pabila duit serasa tidak cukup. adakala juga, aku beli sahaja. kerana aku takut ia kehabisan stok apabila aku mencarinya di hari lain. poyo? ini bukan poyo. tapi ini kisah aku yang memang suka buku. bau buku pun aku rasa awesome macam bau duit. hahah

Buku-buku yang aku beli tahun 2011. sebahagian. sebahagian lagi, x ingat mana simpan. sebab aku simpan merata. keh2

1. Baju Melayu Hijau Serindit - DONE
2. Contengan Jalanan - DONE
3. Mencari Suami @ JS.com - DONE
4. Quartet - DONE
5. Tinta
6. Damai
7. Maryamah Karpov - On the way
8. Bara Cinta Canberra
9. Kumpulan Cerpen di Ufuk Fajar - tak abis2 lagi baca. aishhh
10. Aku Bukan Minah Bunga
11. Forget Me Not - pun x abis2 lagi baca (suri bagi sbg hadiah convo tahun lepas)
12. Working Wonders - pun suri bagi sbg hadiah convo. dia beli kat Australia tu. baik x kawan aku? :))

misi sekarang, menghabiskan buku2 di atas. kononnya ni target buku 2011. x dapek den nak target sampai 50 buku setahun macam si Syamil tu aih.

2 comments:

-Aida Ismail- said...

50buku setahun?wow!

Farah Abdullah said...

ko tgk kat goodreads. ulat2 buku kt sna target more than 50 books per year! huu