Wednesday, November 23, 2011

Awek Chuck Taylor


Assalamualaikum.

Baru habis kelas Statistik. Hambik, jumpa lagi statistic. Hai statistic! HAHA. Masa degree dulu aku macam bertarung dengan hapa je kan sebab nak jawab statistic. Dua subjek statistic aku kena ambik masa degree dulu. Nama je amik Perniagaantani. Tapi jumpa jugak statistic. Well well, nama pun belajar kan. Just learn. Ilmu kan. At least bila orang cerita pasal ANOVA ke t-test ke apa ke, kau ada jugak terbayang-bayang walaupun kau dah umur 40 dan sudah lupa apa itu ANOVA atau t-test. OK sudah. Cukup pasal statistic.

Pernah tau pasal Novel Awek Chuck Taylor? Terbitan Lejen Press. Aku beli buku ni by online. Masa buku ni sampai rumah, mak aku call, "novel apa ko beli tu?" "alaa novel biasa2 je" Nasib baik mak aku sedia maklum yang aku suka beli buku by online. So bila buku sampai kat rumah, mak aku x adalah nak weird ke apa. OK back to this book. Buku ni agak hot dipersembangkan di blog, twitter, atau di Facebook. Boleh folo @ACTnovel. Atau kalau korang follow blog terfaktab, then u will know bout ACT and Kitab Terfaktab.

Actually aku tak expect lelaki boleh ceritakan kisah cintanya dalam bentuk media cetak. Setahu aku lelaki itu perahsia. Tapi kira ok lah kan, bila aku baca buku ni aku tahu serba sedikit hati dan perasaan lelaki. Tak semua lelaki itu sama. Macam tu jugak dengan perempuan. Watak Mira paling aku kagum sebab she's like a very brave and intelligent woman. Tak ramai perempuan gagah dan bijak macam dia. As for me, aku memang allergic dgn perempuan lembik lagi mengada nak harap kat lelaki sahaja dalam hidup dia. Tu zaman dulu boleh la. Eh come on, arwah nenek aku pun hebat. Mak aku cakap dia kuat kerja, pergi kebun, buat kerja rumah semua. Atau perempuan zaman dulu lebih kental dari zaman sekarang? Hmmm.

Apa aku rasa bila dah abis baca ACT ni? Aku rasa best. Bahasa sempoi, tang yang bahasa kasaq ni aku fikir ia kelakar. Macam real life. HAHA. Aku cerita kat kawan aku serba sikit apa yang aku baca. Dan sekarang dia pula sedang membacanya. Paling aku tertarik is the way they are thinking and sharing about any topics. Serius best sebab kau boleh share macam2 opinion dalam relationship tu. Tak ada la nak menjiwang manjang. Apa kesan kat diri aku? HAHA. Speechless. Walau apa pun, aku cuba lah. Siapa kau untuk menghakimi orang lain kan? Oh ye, trust itu amatlah penting untuk long distance relationship. Bagi aku, aku x anggap ia remeh dan x anggap ia sukar. Aku letak di tengah-tengah sebab dalam hidup aku, aku percaya akan takdir yang Allah dah tentukan. Kita boleh doa untuk dapatkan jodoh yang terbaik untuk diri kita. Don't expect too much because by expecting too much it will make u feel sux when the happy ending relationship is not yours. Berdoa dan terus berdoa.

Jika aku disuruh menulis tentang kisah cinta aku, adakah aku boleh menulis dan ada orang mahu membacanya? Tidak.

Well, for now it's a good try, Farah. Tak cuba tak tahu. Asalkan jangan lupa diri sudah.


4 comments:

fAdiciSm said...

best kan cite ni!!! true story..

Farah Abdullah said...

best2. fara! ko ade blog? tp ko private. x dapat den nk bca bebelan ko. heheh

Syuhada said...

Macam famous je novel ni. interested pulak nak beli ! hihi

fAdiciSm said...

hahaha..mesti la private.. ngeh2..
nak emosi2 takde sape taw.. ekekeke :D