Saturday, December 31, 2011

Bumi Aceh: Kebangkitan setelah Kemusnahan


"akak, kau balik esok tau. Ayah dah beli tiket. Flight Sabtu petang."

"ha ok."

Nasib baik sampai dapat check-in walaupun dah terlewat setengah jam. Fuh. Kalau tak, lebur impian.

Kedatangan kami ke bumi Aceh adalah bukan niat semata-mata untuk bercuti. Niat kami lebih kepada untuk melihat kesan tsunami dan kebangkitan mereka setelah bencana tersebut. Sampai di sana, check-in hotel, rehat-rehat, malam tu pergi round sekitar kawasan hotel sahaja.

Keesokan harinya ayah upah seorang tourist guide untuk bawa kami round sekitar Banda Aceh. It was really fun. Tempat aman, tenang. Sesuai dengan slogan mereka di sana, "Damai Itu Indah". Satu perkara yang aku salute, perempuan bawak moto dan sangkut handbag di bahu. Selamat. Tiada yang meragut. Malah ramai yang berbuat begitu. Dekat Malaysia? Faham-faham je lah.

Seperkara lagi, aku amat kagum dengan keprihatinan dunia terhadap bumi Aceh ketika mereka ditimpa bencana. Kerajaan China, memberi 1000 unit bantuan rumah kepada mangsa tsunami. Tidakkah itu menelan kos yang amat besar? Mereka turut membina sebuah masjid di kawasan perumahan tersebut. Kagum? Ya, aku memang kagum kerana ia menelan kos yang besar dan mereka dengan bermurah hati telah berbuat demikian. Tidak kurang juga dengan Negara Jerman, mereka memberi bantuan sebuah hospital. Negara Turki, juga memberi bantuan beberapa unit rumah. Dan banyak negara lagi yang turut member bantuan. Tidak kiralah bantuan makanan, perubatan atau apa sahaja.

Actually, kedatangan kami pada 25 Disember itu tidaklah begitu dirancang. Kebetulan, pada 26 Disember itu adalah tarikh bagi memperingati bencana tsunami yang pernah melanda bumi Aceh. Maka sedikit sebanyak dapatlah menyelami perasaan mereka pada ketika itu.


Biarkan gambar sahaja yang berbicara.


Bendera negara-negara yang menghulurkan bantuan

Muzium Tsunami Aceh








Kapal yang terdampar di daratan akibat pukulan tsunami





3 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

syoknyeee farahhh berjalan2 yeeee :P
mane ole2 utk aku?

Farah Abdullah said...

haha, syok la juge. ole2? meh dtg upm meh. :)

Anonymous said...

lucky you..