Thursday, December 22, 2011

Happy birthday Wani!


Assalamualaikum.

Baru pulang dari IPSAS. Mata mengantuk tapi x nak tidur petang2 camni. Orang kata x elok. Tapi kadang2 buat jugak kan. HEHE.

Macam biasa, sampai bilik, on laptop, bukak FB, tweetdeck, email, etc. Nampak notification birthday kat FB. Oh its Wani's birthday. Kawan yang aku berkawan dengannya dari umur 7 tahun, dan sampai sekarang, we are still friends. Bila nak wish birthday dia, aku x tahu kenapa tiba2 rasa touching teringat semua moment indah zaman kecil dahulu. Actually kami bertiga selalunya. Aku, Wani, Ecot (Aisyah). Masa zaman budak2, biasalah kejap gaduh kejap baik. Kawan olok-olok la apa la. Entah apa-apa kan.

Sebelum aku pindah kat taman yang aku duduk sekarang, aku tinggal kat satu taman perumahan kos rendah yang dikenali Taman Gading. Episod perjalanan aku sebagai seorang kanak-kanak bermula di situ. Seingat aku, family aku pindah Taman Gading masa aku masuk darjah 1. Since that day, di darjah 1 SK Seri Gading, aku kawan baik dengan Wani dan Ecot. Masa darjah 1-3, kami pergi sekolah naik van arwah Pakcik Dol. Kalau Pakcik Dol sakit masuk hospital ke pergi check up ke, Abg Jamal misai tebal yang angkut kitorang. Bila dah masuk darjah 4, kami naik basikal ke sekolah. 1 km jugak la dari rumah nak ke sekolah. Masa tu, apa ada pasal, 1 km pun kaki boleh kayuh punya. Balik sekolah 1 km lagi. Pergi sekolah agama sebelah petang, tambah lagi 2 km. sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebelah-sebelah je pun. Tiap2 pagi nak pergi sekolah, mesti pergi sama-sama. Lepas tu kalau terjumpa El kat tengah2 jalan, kitorang akan say Hi kat El. El tu lelaki tapi macam perempuan. Dia naik basikal memang kepit. Ecot suka buat aksi El tu. 1 hari, jumpa El kat Warung Usop pagi2 nak beli sarapan, kitorang pun dok tegur El ramai2. HAHA. Mesti El bangga. Entah apa cerita El sekarang. Mesti dia dah tua kan. Tu belum part kadang2 kena kejar dgn monyet. HAHA.

Bila dah darjah 6, dah berangan nak bawak moto. Ibu x bagi aku bawak moto selagi x habis UPSR. Time tu memang aku dengki je tengok siapa2 yang dah boleh bawak moto. Habis je UPSR, aku tuntut janji ibu. Ibu bagi bawak. Hati gembira bukan kepalang. Tak ada orang ajar pun. Ibu cakap bawak moto macam bawak basikal, bezanya ada gear je. Aku pun lenjan je. Biasalah duduk kat pekan. That's why today, I am blessed enough because I am not grown up at town. Kalau x, moto pun haram aku x reti bawak. Masa tu kitorang bertiga memang dah expert bawak moto kononnya. Ada satu hari tu, Ecot bawak, aku duduk tengah2, Wani duduk belakang sekali. Entah macam mana, Ecot masuk je gear 1, tayar depan terangkat tinggi lah jugak. Giler. Memang giler. Masa tu cuak kot siapa2 nampak nanti report kat mak masing2. Luckily kitorang simpan rahsia tu ketat-ketat sebab takut nanti x dapat bawak moto lagi. HAHA. Tu belum part pegi skodeng budak lelaki mandi parit. Kecik2 dah pandai skodeng. Entah apa-apa.

Sampai sekarang, bila aku teringat setiap kenangan tu, aku rasa touching dan aku akan tersengih sendiri. At least aku ada kenangan yang indah membesar sebagai 'pekan' girl yang agak ligat di waktu itu. Bulan 9 lepas, aku pergi rumah Cikgu Aryati kat Putrajaya. Bekas cikgu aku masa kat SK Seri Gading dulu. Cikgu cakap aku baik kat sekolah, kalau semua budak macam aku, cikgu senang hati. HAHA. Cikgu, tu berlakon je. Kat sekolah memang kena baik. Kata pengawas, lepas tu cikgu lantik lagi jadi ketua librarian. Tapi cikgu x tahu, masa tu kitorang memang nakal. Kitorang makan dalam library, tidur dalam library sampai kena sumpah dengan Cikgu Salbiah. Sampai sekarang Cikgu Salbiah x tahu kenakalan kami masa tu even hampir tiap tahun kami beraya rumah dia. HEHE. Ampun cikgu2 sekalian. Oh ye, semua tu berlaku after UPSR. Memang betul2 keluar tanduk lah. HAHA.

Oh, panjang pulak cerita ye. Actually nak buat entri ni khas utk Wani. Ehem. J

To my dear friend Wani, Selamat Hari Lahir ke 23. Moga dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki. I know u are such a tough girl and now has grown up to be a woman. May Allah bless u and your family as well. You are such a good friend of mine. Thanks for all those sweet moment that we have been through together. I am blessed to have u as my friend. Friends till Jannah. Love u! J
Aku-Ecot-Wani. Eid 2010. Miss u guys.
p/s: Ecot bakal jadi bini orang bln 5 nti, insyaAllah. 

3 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

sengal ko farah skodeng budak laki!!! hahaha

norlilasamad said...

Salam...
Where are you now Farah? Hope everything is going on very well for you...

faRahAdILa said...

poni: hehe, saje xde keje. entah pape kan. aish

teacher norlila: ws. currently i am continuing my study at upm. will be finished my 1st semester in the mid of january, and 3 more semesters to go. insyaAllah. pray for my success ya teacher. :) how about u, teacher? i hope u are always in a good health. :)