Monday, December 2, 2013

Mari makan kerepek #4

Assalamualaikum.

Dah berkurun tak update. Mana hilangnya kewibawaan aku menulis entry setiap hari pada suatu ketika dahulu? Hoh. Sekarang dah Disember. Sekejap je lagi dah masuk 2014. November lepas betul2 menguji ketahanan mental kerana projek Dasar Belia Selangor betul2 mencabar kewibawaan aku. Dengan gaji yang sampai sekarang belum dapat, tapi lama2 aku redha. InsyaAllah akan dapat dalam bulan ni. Lagipun sebab ada cover pergi data collection dan jadi rapporteur, so ok lah kan. Then Pa&Ma ada hulur sikit2. Kehkeh.

Atok left us on 6th November 2013. May Allah bless your soul, atok. Amin.

Dah nanti aku update lagi. Jumaat ni akan ke Sg Petani dan Khamis depan akan ke Kuala Terengganu pula. Kerja.

Till then. Boi Boi (versi gedik. eh!)


No comments: