Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Random talk #5 : VIVA Voce, Kahwin

Assalam..

Alhamdulillah setelah perit maung aku tempuh sepanjang buat Master ni, akhirnya aku telah melalui Viva Voce pada 10/2/2014. Pass with major correction. Major correction tu normal lah kalau ikot standard UPM. Kang kalau minor correction, takat salah grammar macam bombastik pulak kan. HAHA. Syukur sangat2 sebab dah pass viva. Tapi menghadap examiner yang adik aku namakan Mak Lampir amatlah menguji KESABARAN aku. Aku x akan lupa lah part kena bambu (basuh) selama sejam lebih dalam bilik beliau. Sampai SV aku pun naik heran apa pasal aku kena teruk gila vavis dengan examiner ni. Entah berapa kali aku leleh sebab x tahan tekanan kuat sangat. TERLALU KUAT sebab hati aku sakit dgn ke annoying an perangai beliau. No wonder orang2 jabatan x berapa gemar dengan beliau. Kawan aku jadi RA beliau juga berhenti kerja pasal x tahan. RA sebelum tu juga ramai yang quit pasal x tahan. Bila aku kena teruk macam ni, aku cakap kat diri aku, "Farah, nanti bila bila kau dah jadi pensyarah ke apa ke, kau jangan lah buat begini kat orang. Kau jadi lah pendidik yang hebat dgn hati yg ikhlas". Seriously. Kot nanti aku lupa diri, aku izinkan engkorang sembur aku dan berkata "Hoi Farah! Kau dah kenapa berlagak, annoying x tentu pasal hah? Kau x igt Tuhan ke hape?"


Setel correction, dapat sign, aku hantar terus ke GSO. Masa aku tengah serabut2 pasal correction, aku dah decide abis2 utk quit jadi RA projek DBS (Dasar Belia Selangor). Projek tu je dah tough lagi aku nak setelkan correction, mau biol aku nanti. Setel semua hal tesis, aku decide pulang ke rumah dalam erti kata lain, angkot barang semua dan back for good. Waktu tu lagi berapa minggu je aku nak kawin. Pheww mau x kelam kabut. Nasib la ibu sangat banyak tolong part goodies dan lain-lain.

Ok cerita pasal kawin pulak. HAHAH. Aku tempah catering awal pasal aku kawin waktu cuti sekolah dan orang memang banyak kawin waktu tu. Tambah lagi aku dapat harga 2013 walaupun aku kawin Mei, 2014. Harga brg makan makin naik wei. Baik korang kawin cepat. Heheh. Bab pelamin aku pakai Dedaun Bridal. Aku suka Dedaun sebab Kak Hawa ni jenis senang deal dan pelamin diorang semua vintage and rare style. back drop pelamin aku tu adalah chalk board. Tapi ramai jugak la yg mengutuk, pelamin hape kau ni? Eh sukati aku lah, aku yg nak kawin, aku yg bayar. Lagipun bapak aku cakap pelamin aku rare dan cun. See. bapak aku yg dah 58 tahun tu pun ada taste hokayy! Mulut makcik2 old style biasa lah kan nak mengutuk manjang. Pedulik! Macam aku kesah. Kohkohkoh.

Alhamdulilah majlis semua berjalan lancar. Macam mimpi aku dah jadi bini orang. Macam eh yeke aku dah kawin? Kroihhh.. Sekarang aku lah surirumah dan aku lah penganggur. Bosan gila okeh duduk rumah. Aku yg x reti duduk diam ni memang agak menderita jugak lah bila terperuk dalam rumah, buat kerja rumah sajo. Lepas raya lah aku redah je apa kerja pun. Kulim ni banyak kerja je kat Jobstreet tu tapi satu hapak pun x pernah panggil aku pegi interview. Aku ada apply ke UMK tapi x tau lah rezeki macam mana. Moga Allah mudahkan. Amin..

Perkhidmatan yang digunakan utk wedding aku:
1. Baju dari atas ke bawah aku tempah untuk both side - SMC Bridal Parit Raja, Batu Pahat (cantik tapi emmm) - tapi kain aku beli kat Jakel
2. Catering - Dizan Catering. Tiptop! - Peserai, Batu Pahat
3. Photog - MHP Production. Untuk macam aku yg x nak over budget, x nak album over ~recommended. - JB
4. Hantaran aku buat sendiri. Beli dulang kat Ayer Hitam. Kain satin dah ada. Lace, glue gun, bunga aku beli kat kedai jual barang kawin kat Jln Penggaram, BP.

Majlis simple yang aku nak seperti tak pakai baju grand2 sampai kena salin 2, 3 kali, tak ada kompang, tak ada tepung tawar, tercapai. Tapi kain baju aku yg peach tu x berapa puas hati pasal aku nak kain ala2 kembang2 gtew. Kohkoh. Side aku, pakai peach. Side husband aku, pakai purple.

Memandangkan aku dah lama x post gambar, so ni aku bagi tepek beberapa keping. Mihmihmih..

Tempat aku sepanjang 2 tahun lebih di IPSAS


Kaku. KAH KAH KAH

Antara member2 aku yg datang.  Ni member2 TIGS

Ni geng MEHNON. Thanks Azi datang awal sehari sebelum majlis! Sayang kau! Thanks Mehnon jadi 2nd photog!

Sekarang aku boleh pose lebih dari ni. HAHAH

Last data collection - Gelandangan di KL. Esoknya aku back for good. Bye2 UPM.

Ni aku tempah dengan kawan aku. Dia memang meniaga jual benda2 ni. 2 bantal ni RM50.

Alhamdulillah. 

Akhirnya. Benda yang buat emosi dan hormon aku kejap betul kejap tak betul. Oh kerja! Come to me. Uhuk!

Saturday, February 8, 2014

Mari makan kerepek #5

Assalamualaikum.

;)

Saja nak imbau balik kisah aku sejak lepas SPM. Lepas SPM, aku pergi PLKN kat Port Dickson. Tu kira bermulalah hidup aku untuk berdikari. Sebab aku bukan dari boarding school. Memang sekolah ada asrama, tapi rumah saya dekat je, x perlu lah duduk hostel kan. Lepas PLKN, masuk Matrikulasi Gopeng. Paling aku homesick, paling Allah duga. Pointer ranap, x dapat catch up. Pergh baru aku sedar, bangang jugak aku nih. HAHAHA. Nasib baik lepas setahun kat Matrik Gopeng, aku dapat gak masuk UPM. 3 tahun buat degree kat UPM. Sepanjang aku buat degree, aku happy je. Budak baru nak up, jumpa kawan2 sekepala, belajar OK la, x stress sgt, maka aku gumbira sahaja, kadang2 je la aku down. Lepas degree, aku balik rumah kejap, kerja cashier kat Petronas, lepas tu aku dapat kerja kat Maybank Jln Tun HS Lee, KL. Sekali lagi aku rasa jiwa ranap. Tertekan jiwa raga, niat aku nak buat experimen dlm 1st career memang betul2 experimen. Duduk rumah sewa, pergi kerja dan balik kerja. Aku boleh katakan yg jiwa aku merana sepanjang 4 bulan aku kerja kat Maybank ni. Ohoi. Betul2 berat bahu aku masa tu. Aku fikir, apa kejadah la yang aku tgh buat ni. KAKAKA. Macam robot bak hang. Dah ler umur aku masa tu baru 22 tahun nak masuk 23 tahun. Dasar mentaliti x kuat, manja. Ah gasak lah, aku x suka kerja bank. Bosan. Lepas tu aku QUIT!

Kemudian bermulalah perjalanan aku buat Master. Mula2 tu aku terkapai2 gak. Haram jadah x pernah buat FYP pastu masuk buat master in research. Full time bak hang. Aku kerja kat Kumon Kinrara saja nak tambah duit poket selain biasiswa yang aku dapat tiap2 bulan selama 2 tahun. Hidup sebagai pelajar master, aku belajar banyak benda. Umur aku pun makin dewasa. Aku dah x pernah kisah duduk makan termenung sorang-sorang kat kedai makan. Dulu punya la aku segan kalau makan sorang2 kat kedai. Sekarang? Ah gasak. Amenda nak dimalukan. HAHA. Tak malu tapi sunyi lah. Family jauh, laki belum ada. Kawan ada hal masing2. Kadang2 aku down jugak tapi aku fikir2, chill la beb, amenda ni nak sedih sebab sunyi. Life must go on. Eh tapi bukan senang nak lawan perasaan tu bhai. Aku dah la sentimental dan cepat touching. Muka aku je garang dan sombong, gaya aku je nampak tough, jiwa kental. TAPI..... Hohoho.. Tuhan saja yang tahu. Selalu gak la aku nangis malam2 bila2 aku down. Hahaharamjadah betul. Lagi2 la masa ni aku dah reti bercinta. KAHKAHKAH. Sebab tu aku sgt suka bila2 ada data collection. Tak la aku rasa sunyi waktu weekend dan dapat la aku side income, cari pengalaman, jumpa community dan bermacam2 lagi. Ohoi sebenarnya aku tengah bosang nih eh bosan. Ha ter'ganu' lah pulok ye.

Kesimpulannya, aku dah boring hidup sorang2 macam ni. Sunyi. Penat dah dari umur 18 tahun aku hidup sendiri, berdiri di atas kaki sendiri sampai aku rasa aku dah terlebih independent sebab kadang2 aku jenis tegar buat sesuatu yg biasanya perempuan x biasa buat. Hurm.. Aku nak ada family. Jeles betei tengok orang ada suami, ada anak2. But yes, perancangan Allah tetap yang terbaik. Sabar.. Moga Allah mudahkan. Ameen, ameen, ameen.

Good luck untuk Isnin nanti. Allah, mudahkan Ya Allah.

Thats all.

Regards,
Happiness

Sign out.

Saturday, February 1, 2014

Ujian VS Rezeki

Assalamualaikum.

Hidup tak selalu ada di atas. Last week adalah minggu aku diduga. Kesabaran aku hampir tipis. But yes, Allah ada. Aku minta dekat Allah supaya kuatkan hati aku untuk menghadapi perangai2 manusia yang kadang-kala agak menjengkelkan. Bapak aku pesan, 'kalau boleh lawan perasaan itu semua, masih boleh buat baik dengan orang yang dah pernah buat taik dgn kita, kita manusia yang hebat'.

Dalam pada itu, Allah mudahkan juga rezeki aku. Alhamdulillah. Tarikh VIVA dah dapat. Moga Allah mudahkan urusan aku seterusnya. Maka marilah kita bekerja sambil belajar. Preparation VIVA dan menyiapkan kerja-kerja sebagai RA.

Ada sesiapa nak offer aku kerja tak? North area perhaps? Hehehe.

May Allah ease everything. AMIN.

p/s: Dalam tiap doa kita, jangan lupa mereka yg di Syria, Mesir, Palestin. Moga Allah merahmati dan melindungi kita selalu. Perkenankanlah, Ya Allah.

Love,
Happiness.

Sunday, January 12, 2014

Wrap up 2013

Assalamualaikum. :)

Boleh dikira berapa kali entah aku post entry sepanjang 2013. Tapi 2013 penuh dengan suka duka jatuh bangun yang aku rasa bukan main-main punya rasa. Kan aku dah pernah cakap umur 25 ni terlalu banyak benda yang mengajar aku supaya jadi lebih kuat dan tentunya jadi lebih matang dalam apa jua perkara. Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 2013 bermula dengan data collection untuk tesis sendiri. Kemudian rushing bagi settle tesis pada bulan September. Terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak pemerhatian dan aku harap aku akan terus belajar tentang semuanya.

Kadang-kadang aku rasa penat duduk sendiri. Kadang-kadang aku tanya Tuhan, kenapa Kau takdirkan aku duduk macam ni sorang-sorang? Kenapa aku tak macam young couple lain yang boleh keluar dating, bergayut selalu. Kenapa? Oh mungkin Allah sayang aku. Eh tapi bukanlah mudah untuk seorang Farah Adila berfikiran positif sentiasa. Manusia kan. Syaitonnirrajim tu kan ada saja untuk menghasut. Tapi bila fikir-fikir balik, kenapa aku tak bersyukur? Bukankah ini lebih selesa jika dibandingkan dengan mereka yang berada di Palestin, Syria, dan juga negara-negara bergolak itu. Eh come on, Farah Adila. Let the time teach you every single thing on earth. Mati dalam kubur pun sorang-sorang kan. Be strong (sambil tumbuk dada sendiri dan angkat tangan nampak muscle macam iklan Mr Muscle. kehkehkeh).

Sabar.. kau kena prepare dari sekarang. Nanti kalau kau dah kerja sana, lagi tak ada siapa nak layan kau merayap, tambah lagi kau tak tahu nak merayap mana sebab kau tak familiar kawasan tu. Eh tapi kan Farah Adila power. Asal ada kereta, ada GPS, apa ada hal nak merayap mana pun. Oh ye, yang penting duit kena ada. Tarak wang, duduk diam-diam sahaja.

Cakap pasal kerja, jadi RA bawah Dr yang berjantina PEREMPUAN memang letih. Gila babeng nak menggelabah tak tentu pasal. Sudah lah upah transcribing tiada. Oh sabar Farah Adila. Pasti ada hikmah disebaliknya. But yes, itu hak kami sebagai RA. Mungkin aku akan usulkan pada next meeting. By the way, terima kasih my supervisor, Dr Bahaman sebab bagi aku banyak peluang. Belajar dan juga mengajar. Aku handle kelas, handle lab. Bagi aku mengajar ni seronok sebab aku kan suka bercerita,dan suka berkongsi. Walaupun itu subjek komputer (lap peluh), tapi aku usahakan juga. Pheww. Bukan sonang aih.

Aku sedar satu benda, bila kawan tak ramai, bila keadaan mendesak, kau akan buat sahaja dan redah apa jua yang kau rasa boleh. Sekarang aku dah tak ada masalah untuk makan dan melantak seorang diri. Walau hakikatnya aku SUNYI dan rasa LONE RANGER. Wahahaha. Aritu aku nak balik Batu Pahat tercinta, aku lapar pagi tu. Jadi sebelum gerak, aku pergi tasik untuk breakfast. Lapar gila2 masa tu. Aku order ROTI JALA dan ROTI TELUR. Akak yang hantar order,teragak-agak nak letak ke tak, takut salah meja. Aku cakap, 'ye ye kak, sini'. Akak tu tengok aku lalu blah. Gila badan keding makan sampai macam tu sekali.Memang mentakedarah! Gasak ah aku lapar. Sorang pun sorang ah. Aku duduk sebelah 2 orang pakcik yang sebaya2 bapak aku. Sembang tanah la apa la. Aku makan dengan berseleranya. Ah baru syok dan tenang nak drive sampai Batu Pahat tercinta. Muahaha.

Wah hebat jugak aku ni kan. Perempuan lain ada jugak yang hebat. Tapi aku tetap nak puji diri sendiri sebab tak ada orang nak puji pun. AHAHAHA.

Kira-kira balik tinggal lagi 4 bulan.May Allah ease everything. Kuatkan hati kami. Mudahkan jalan hidup kami Ya Allah. Kawan aku pesan, jika kita mudahkan urusan dengan Allah, maka Allah akan mudahkan juga urusan kita. Itu janji Dia. Terima kasih sebab ingatkan aku wahai teman.

Ok dah, aku nak sambung buat transcribing yang 2 jam 20 minit tu. Moga2 aku akan terus tabah dan kuat untuk tempuh segala yang di depan walaupun hakikatnya aku memang manusia cengeng. AGAGAGA.

MAY ALLAH EASE OUR JOURNEY, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Love,
Happiness. 

Monday, December 2, 2013

Mari makan kerepek #4

Assalamualaikum.

Dah berkurun tak update. Mana hilangnya kewibawaan aku menulis entry setiap hari pada suatu ketika dahulu? Hoh. Sekarang dah Disember. Sekejap je lagi dah masuk 2014. November lepas betul2 menguji ketahanan mental kerana projek Dasar Belia Selangor betul2 mencabar kewibawaan aku. Dengan gaji yang sampai sekarang belum dapat, tapi lama2 aku redha. InsyaAllah akan dapat dalam bulan ni. Lagipun sebab ada cover pergi data collection dan jadi rapporteur, so ok lah kan. Then Pa&Ma ada hulur sikit2. Kehkeh.

Atok left us on 6th November 2013. May Allah bless your soul, atok. Amin.

Dah nanti aku update lagi. Jumaat ni akan ke Sg Petani dan Khamis depan akan ke Kuala Terengganu pula. Kerja.

Till then. Boi Boi (versi gedik. eh!)


Saturday, October 19, 2013

What to do?

Bored.
Weekend.
What to do?

Sampai bila nak hidup sorang2? :(
Tak apa, Allah kan ada. :)

Currently waiting for my viva and working as research assistant for a new project entitled 'Dasar Belia Selangor'. Quite fun, tough and yeah new experience as I haven't been in youth area so far.

That's all.

Assalamualaikum.

Take care! :)

Wednesday, October 2, 2013

Mari makan kerepek #3

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini, aku rasa dimudahkan jalan rezeki. Dulu aku selalu cakap x ada duit, tapi bila Masitah pernah kata 'kita tak tahu bila rezeki kita sampai, kadang2 kita derma satu ringgit kat orang hari ni, tapi entah bila2, Allah beri pula rezeki lain'. True much Masitah. Sejak hari dia cakap kat aku lebih kurang dekat setahun yang lepas, aku simpan benda ni dalam kepala. Even aku bagi makan kucing sekalipun, aku niat, Ya Allah, mudahkan rezeki aku. Ayah pernah pesan kat aku, kita bagi makan haiwan, rezeki kita ada, insyaAllah. Haiwan itu lagi suci dari seorang manusia. Ya Allah, kau tetapkan hati kami pada jalanMu. Kuatkan hati kami, Ya Allah. Jauhkan kami dari sifat bakhil dan sombong. Sesungguhnya kami amat bersyukur dengan setiap nikmat kurniaanMu.

Satu lagi, sebenarnya aku bukanlah orang yang sentiasa positif. Aku memang suka post kata2 positif untuk naikkan semangat sendiri dan juga sesiapa yang membaca. Tak kira lah kat FB, IG atau twitter. Lagipun, aku kan suka ayat2 madah pujangga ni kononnya lahhh kan. AHAHAHA.

That's all. May Allah bless. May Allah ease our journey. Amin.

:)

Wassalam

Sunday, September 8, 2013

Mari makan kerepek #2

Seboleh mungkin aku mahu:

1. Makan pizzahut pasal aku tgh mengidam ni
2. Pergi urut badan dan facial
3. Karaoke bersama kawan2
4. Bercuti menenangkan fikiran setelah berhempas pulas menyiapkan tesis
5. Membeli 2 pasang kain cotton utk aku dan ibu
6. Membeli beg belakang yang comel


Dan semua ini akan dapat dilakukan jika aku ber wang bukan beruang ye. HAHAHAH.
Dan semua ini akan dapat dilakukan setelah aku menghantar 5 copy tesis ke GSO dan setelah habis meeting DBS yg bagi aku agak mendebarkan pasal 1st time aku jadi kuli dalam satu projek besar.

Ya Allah, permudahkan lah. Amin.

Saturday, September 7, 2013

Mari makan kerepek #1

Apakebenda tah macam2 hal. Adakah perempuan diciptakan sangat complicated atau lelaki yg susah mahu faham perasaan perempuan? eh tapi adakah perempuan faham perasaan lelaki? Hah entah. Aku pun tak faham. Communication barrier mungkin. Adakah pakar2 komunikasi tak pernah gagal berkomunikasi dengan manusia?

Umur 25 ni macam2 benda berlaku dalam hidup dan berlaku depan mata sendiri yg mengisahkan cerita org lain. Apa ayat aku macam tunggang terbalik ni? Gasak la.

Hal tesis aku hampir setel. Wawa dah tolong buat proof reading, alhamdulillah x banyak silap. Terima kasih wei pasal x charge apa2. Macam tau2 je aku kena bayar yuran sem ni. (Bahaha scholar mybrain dah tamat, pasal aku dah sem 5. padan muka aku. banyak main. tapi weh, buat research bapak aa susah. aku x tipu. kepala mau berdengung ah, kalau kau pregnant, anak kau mungkin bijak tapi stressful. bahaha.. memandai ah kau, farah adila). Ah merepek. ok sambung balik. Just salah grammar yg biasa macam is are were was ed ing ke apa tah tu. Biasalah aku ni kadang main belasah je. Agak2 macam kena guna past tense, aku bedal je past tense. Hoho

Hal hati perasaan, HAHA. Aku masih failed nak faham lelaki. Dan aku sendiri x tahu diri aku banyak buat silap. Bajet ah aku cool manjang. Hak ptuih Farah, kau cool manjang. Banyak juga cekadak nya. Biasa la aku kan mengada tapi x lah mengada sgt cuma kadang2 nak perhatian tapi x lah gedik hegeh2 nak itu ini eh tapi aku kan gagah. eh apa kau merepek ni perempuann? ah ok sambung lagi.  Aku cuma harap dan doa, Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Bagus sebenarnya kawin awal, sebab kau dah halal. Tak perlu kot ambil masa lama sangat utk bercinta. Lagipun Islam dah ajar kan. Mana yg bagus tu, kau ikutlah. Apa2 pun benda yg kau rasa macam dah terpesong, dah melencong, cepat2 ingat Allah. DIA selalu ada untuk kita. Kita je selalu lupa DIA. Ok dah, aku nak sambung buat kerja entah hapa ni, arahan x jelas. pening aku. gasak ah kena bantai kat meeting Isnin nanti. Aku kan gagah lagi bajet cool. Puihh!

Tuesday, January 22, 2013

Wrap up 2012

Assalamualaikum.

Bukan dah x nak update blog. Nak. Tapi malas. Tak tahu nak tulis apa, nak cerita apa. Emm. 2013 ini aku mulakan macam biasa. Tak ada apa yang baru pun. Cuma nak setelkan belajar aku ni cepat2. Bukan give up, tapi aku rasa umur dah mencecah 25, ada benda lain nak buat.

Suku abad? Yes, betul. Kadang2 macam x percaya kan dah 25 tahun. How time flies. Bila umur dah tahap ini, ramai dah mengawan, beranak-pinak. Kan? Ehee. Congratulations to those who has get married and happily live with their husband, wife and kids! :D

2012 sangat banyak benda yang aku dah belajar. 2012 aku mula masuk IPSAS. Join collect data sana sini. Tengok ragam manusia. Macam2. Ada pahit. Ada manis. Ada syok. Ada bosan. Biasa lah.

2012 juga turning point aku fikir masa depan. Mula fikir semua pasal 'masa depan' sebenarnya sejak aku kerja kat Rimau lagi. Tapi masa tu x serius sangat, yelah baru 22 tahun nak masuk 23 tahun. Masuk 2012 aku perhati orang kumpul duit, jaga kewangan masing2, lengkapkan diri dengan ilmu itu ini, macam2. Jadi aku pun terikut jejak mereka. Hujung 2012 entah macam mana aku tergerak baca buku err kinda of novel yang jalan ceritanya berkisar tentang dosa2 yang aku dah buat. Denyut Kasih Medik tajuknya. Bertepek2 aku kena. Habis baca tu, aku duduk, menung. Lepas tu sambung baca Hilal Asyraf, Sebelum Aku Bernikah. Bagus. Input banyak. Hal nikah kahwin jgn buat main. Cinta High Class aku x baca lagi. Tak terkejar. Nantilah, aku free, aku baca. Bukan gatal nak kawin ke apa duk baca buku2 camtu, tak. Baca untuk dapatkan ilmu. Tak salah. Sepatutnya memang dah kena siapkan diri untuk itu semua. Macam Hlovate tulis dlm aA+bB, selagi hidup bersama masa maka selagi itu kita dewasa bersama usia. Eh yeke? Lebih kurang lah. Heh.

Aku harap baik2 saja untuk 2013 ini. Untuk kamu-kamu, kawan2 yang akan bertunang, berkahwin or what so ever, tahniah in advance!:D Its a good step. Lengkapkan diri dengan persediaan yang sebaiknya. Moga bahagia ke syurga.

Untuk yang nak mulakan hidup baru, lets move on! No turning back. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. DIA Maha Mengetahui akan setiap kejadian.

Lets pray for Palestin. :D

End.


Sunday, July 15, 2012

Istiqomah

Assalamualaikum.

Ini cerita seorang gadis. Gadis yang baru meningkat remaja. Kadang pakai tudung, kadang tak pakai tudung. Kadang2 pakai seluar three quarter. Itu semua tak jadi masalah suatu ketika dahulu. Dahulu. Cerita 10 tahun lepas. Sehingga si gadis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, kesedaran itu datang sedikit demi sedikit. Siapa kata pengaruh kawan itu tidak penting? Sangat penting sebenarnya. Biar berkawan dengan seribu orang sekali pun, carilah mereka yang betul-betul kawan yang teguh imannya.

Saya terjumpa gambar ini di FB Sham Kamikaze.


Benarlah. Untuk berubah itu bukan sesuatu yang sukar. Untuk istiqomah itu lebih sukar sebenarnya. Berdoa dan terus berdoa moga kita sentiasa istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara. Amin.

Monday, April 9, 2012

Kursus kawin. Seriously?

Assalamualaikum.

Bulan ini, bulan depan. musim orang kahwin. Kawan2 pun ramai yang akan meraikan hari bahagia mereka bulan hadapan. Alhamdulillah. Cakap pasal kawin, senang. Tengok orang kawin, best. Tapi bagi aku, kita kena tanya diri kita dahulu, kita dah sedia belum nak handle urusan hidup dengan orang baru. dah sedia belum untuk jadi ibu bapa yang mampu beri contoh teladan yang baik. bagi lelaki, dah sedia belum nak pikul tanggungjawab sebagai suami dan bagi perempuan pula, dah sedia belum nak pikul tanggungjawab sebagai isteri.

Bulan lepas, aku pergi kursus kawin. bukan aku nak kawin dalam tempoh terdekat ni, tak. tapi saja pegi sebab kebetulan tempat aku belajar tu ada buat kursus kawin. untuk student bayar RM60. kalau orang dah bekerja, RM70. Murah la kan. Kalau kat Johor, RM120. 2x ganda okeh. back to our topic, kebanyakan orang akan pegi kursus kawin bila lagi beberapa bulan nak kawin kan? betul x? tapi kan bagi aku, diri aku lah, aku rasa bagus jugak aku pegi awal dan mungkin banyak hikmahnya. sebab bila aku attend kursus tu, baru aku tahu, banyak lagi rupanya yang aku masih belum tahu. Jadi, aku bersyukur sebab aku pergi awal, dapat ilmu. Dalam hal rumahtangga ni macam2 perkara baru akan kita tahu. ye la, masa bercinta, kau x duduk serumah dengan dia, kau x mengadap muka dia selalu. Bila kawin, baru tinggal serumah, megadap perangai baik buruk pasangan kita hari2. Jadi, semua tu bagi aku perlukan persediaan.

Bak kata sepupu aku, jangan kawin cincai2. kau nak hidup dgn pasangan kau tu sepanjang hayat kau kat dunia ni. Betul. Tak ada orang yang kawin dgn orang yang dia suka semata2 untuk bercerai. ada? kau dah bercinta bagai nak rak pastu kau kawin dan nak cerai. mintak jauh.

oh ye, kalau pilihan keluarga? itu mungkin yang terbaik. aku x berani nak komen lebih2. memang dalam Islam sendiri x galakan pun bercintan cintun bagai ni. lebih baik kalau kau berkenan kat perempuan tu, selidik latar belakang dia, dan terus kau jumpa parents dia lalu berkata 'pakcik, makcik, saya berkenan dengan anak pakcik dan makcik. adakah dia sudah berpunya? kalau masih belum, saya minta izin untuk berkenalan dan merisik lalu menjadikan dia isteri saya' ada berani? ehehe. kalau berani, baguslah. alhamdulillah. anda memang gentleman! yeahh!

so far, bagi aku lebih baik pergi kursus kawin tu awal dan bersama rakan2 anda. kenapa dengan rakan2? sebab ustaz dan ustazah tu semua lucu2 belaka. maka bila mereka bikin lawak, kau ada kawan untuk ketawa bersama. ada kawan untuk bercakap tentang kemusykilan. ada kawan untuk kau mengarot sebentar bila tengah mengantuk. hehehe.

tapi, kalau korang jenis kuat baca buku2 ilmiah tentang hal nikah kawin, baguslah. pergi kursus tu mungkin just an additonal knowledge untuk korang. dan mungkin juga kerana ia wajib. heheh. aku dengar2 buku tebal AKU TERIMA NIKAHNYA tu banyak memberi input. so kalau ada banyak masa, mungkin korang boleh luangkan sedikit masa untuk menelaah dan menghadam isi kandungan buku tersebut.

sekian saja entry pasal kursus kawin. :) Peace!

Saturday, December 31, 2011

Bumi Aceh: Kebangkitan setelah Kemusnahan


"akak, kau balik esok tau. Ayah dah beli tiket. Flight Sabtu petang."

"ha ok."

Nasib baik sampai dapat check-in walaupun dah terlewat setengah jam. Fuh. Kalau tak, lebur impian.

Kedatangan kami ke bumi Aceh adalah bukan niat semata-mata untuk bercuti. Niat kami lebih kepada untuk melihat kesan tsunami dan kebangkitan mereka setelah bencana tersebut. Sampai di sana, check-in hotel, rehat-rehat, malam tu pergi round sekitar kawasan hotel sahaja.

Keesokan harinya ayah upah seorang tourist guide untuk bawa kami round sekitar Banda Aceh. It was really fun. Tempat aman, tenang. Sesuai dengan slogan mereka di sana, "Damai Itu Indah". Satu perkara yang aku salute, perempuan bawak moto dan sangkut handbag di bahu. Selamat. Tiada yang meragut. Malah ramai yang berbuat begitu. Dekat Malaysia? Faham-faham je lah.

Seperkara lagi, aku amat kagum dengan keprihatinan dunia terhadap bumi Aceh ketika mereka ditimpa bencana. Kerajaan China, memberi 1000 unit bantuan rumah kepada mangsa tsunami. Tidakkah itu menelan kos yang amat besar? Mereka turut membina sebuah masjid di kawasan perumahan tersebut. Kagum? Ya, aku memang kagum kerana ia menelan kos yang besar dan mereka dengan bermurah hati telah berbuat demikian. Tidak kurang juga dengan Negara Jerman, mereka memberi bantuan sebuah hospital. Negara Turki, juga memberi bantuan beberapa unit rumah. Dan banyak negara lagi yang turut member bantuan. Tidak kiralah bantuan makanan, perubatan atau apa sahaja.

Actually, kedatangan kami pada 25 Disember itu tidaklah begitu dirancang. Kebetulan, pada 26 Disember itu adalah tarikh bagi memperingati bencana tsunami yang pernah melanda bumi Aceh. Maka sedikit sebanyak dapatlah menyelami perasaan mereka pada ketika itu.


Biarkan gambar sahaja yang berbicara.


Bendera negara-negara yang menghulurkan bantuan

Muzium Tsunami Aceh








Kapal yang terdampar di daratan akibat pukulan tsunami





Saturday, October 29, 2011

Setelah setahun

Assalamualaikum.

Pengalaman mendewasakan kita. begitulah hakikatnya. 10 Oktober 2011, genap setahun aku telah bergraduat. Apa yang diperoleh setelah setahun bergraduat? kerjaya yang stabil? tidak. bertemu jodoh? pun belum. Apa yang diperoleh? Pengalaman. Iya, pengalaman yang terlalu banyak mendewasakan sekaligus mematangkan pemikiran.

Setelah 4 bulan (Oct 2010-Feb 2011), kerjaya sebagai eksekutif di Maybank, ditinggalkan. Usah ditanya mengapa. sudah acapkali aku coretkan di muka blog ini. Apa yang diperoleh sepanjang 4 bulan itu? Aku fikir hidup ini terlalu banyak pancarobanya. Lebih hebat sebenarnya. Dan sejak itu aku seolah-olah terlalu allergic dengan kota Kuala Lumpur. Kesesakan, habuk sana sini, serabut. Bukan jiwa aku. Jiwa aku, hati aku, nun jauh di tempat yang punyai kedamaian lagi ketenangan.

10 Oktober 2011. Sekali lagi, aku menyerahkan diri dengan ilmu. keputusan muktamad aku setelah beberapa bulan menolong ayah dan keputusan itu juga mendapat persetujuan kedua ibu dan ayah. maka aku teruskan langkah. Aku hadir ke perkarangan Dewan Besar UPM, bersama-sama meraikan hari graduasi rakan-rakan. terdetik dalam hati, 'kau gembira telah konvo, harap kau gembira dan tidak kusut memikirkan soal mencari pekerjaan.' bukan niat aku untuk merendahkan mereka. tidak pernah. cuma itu hanya secebis rasa, yang aku pernah alami dahulu. bukan aku seorang, ribuan lagi para graduan yang turut merasainya.

Maka, bagi aku, permulaan kehidupan yang sebenar adalah terletak pada diri sendiri. Untuk melangkah ke arah sesuatu yang dirasakan baik, teruskan. Keraguan, was-was itu mainan hidup.

Teruskan melangkah dan mencari erti hidup.

Saturday, October 15, 2011

Menangani Cabaran Kesihatan


Assalamualaikum.

Semalam, kami yang mengambil subjek DCE 5010 telah menghadirkan diri ke ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah yang bertajuk "Manangani Cabaran Kesihatan". Ini adalah kali kedua aku pergi ceramah beliau. Tapi kali ni free of charge. Kenapa? Sebab lecturer yang mengajar kami sendiri adalah antara orang kuat CaRE. Apa itu CaRE? Silalah google. Hehe. Kehadiran ke ceramah tu kira compulsory sebab kelas yang sepatutnya pada petang semalam telah dibatalkan. Yahoo! ;)

Sangat banyak input yang diperoleh. Actually ceramah ni kebanyakan nya dihadiri oleh bekas2 pesakit kanser, pesakit yang sedang menghadapi kanser, orang2 awam serta para pelajar yang mahu menyertai. Event ini dijalankan di Fak Perubatan UPM. Oh cuci mata usha bakal doc sekejap (x payah la, depa semua taraf anak ikan, kau tu dah tua x sedar diri. Kihkih)

OK, actually aku nak share sedikit info yang aku peroleh semalam. Antaranya:

  • 5 terapi : bagi mereka yang berada dalam kategori terminal case.
  1. Maafkan semua orang. (dengan memaafkan semua orang, secara x langsung kita dapat bersihkan hati.)
  2. Senyum dan ketawa. (cuba untuk menggembirakan hati dan juga org lain)
  3. Exercise. (senanam ringan supaya kita sentiasa positif menjalani kehidupan yg masih ada)
  4. Diet special. (ambil makanan berkhasiat)
  5. Beri khidmat. (menolong org walau dalam apa jua keadaan. Secara tidak langsung, memotivasikan diri sendiri)
  • Tahu tak, kenangan yang positif pada masa lampau itu juga boleh merawat diri kita juga. Kajian pernah dijalankan, mereka yang berusia sekita umur 60-an dan diletakkan dalam dua kumpulan. 1 kumpulan didedahkan dengan lagu latest zaman kini. Dan satu kumpulan lagi didedahkan dengan lagu2 kesukaan pada zaman mereka muda-mudi (cth: lagu2 The Bettles). Dan result yang diperolehi, mereka yang didedahkan dengan lagu2 The Bettles itu kesihatannya semakin baik berbanding mereka yang didedahkan dengan lagu2 latest zaman kini.
  • Kita juga digalakkan dan mengamalkan makan daging putih. Contoh: ikan, ayam, burung. Daging merah itu bukanlah tidak bagus, sekali sekala itu boleh. Kekerapan mengambil daging merah sebagai diet harian akan menyebabkan kita menjadi seorang pemarah dan memiliki nafsu yang tinggi.
  • Kita juga digalakkan makan buah sebelum makan nasi. Buah pisang terutamanya.
  • Mengamalkan ucapan terima kasih dalam kehidupan harian.
  • Memaafkan semua orang sebelum tidur.
  • Bangun tidur cuba untuk senyum dan membaca doa bagun tidur.
Sebenarnya dalam diri kita sendiri ada ubat. Bergantung kepada kita bagaimana untuk mengahdapi situasi penyakit tersebut. Nasihat doctor juga penting dan semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Kita mampu berusaha Dia lah yang menentukan.


Aku: rasa sangat kagum dengan mereka yang begitu kuat menempuh penyakit yang digeruni ramai. benarlah, pemikiran dan tanggapan positif serta doa itu antara ubat paling mujarab. semoga anda, kita semua sihat selalu dan menjalani kehidupan dengan tenang. InsyaAllah.


Wallahualam.

Saturday, September 17, 2011

Cerita basi


Assalamualaikum.

Lama tinggal ini blog. Rindulah. Kehkeh..

Mana nak mula? Dalam otak banyak nak cerita kat sini. OK2, satu-satu ye.

Raya tahun ni, aku dan geng2 SKSG x dapat nak berkonvoi ke rumah cikgu dan tawaf ke rumah rakan2 lain. Tak sempat. Busy lah sangatkan. Tapi.. aku sempat ke rumah Cikgu Aryati nun kat Putrajaya. Haha. Kelasss kau jahh~ Kat Batu Pahat kau x sempat, kat Putrajaya kau sempat. Ye la kan, dah memang aku kat sana, memang lah sempat. Cikgu masih macam dulu. BEST wehhh! Aku angkut sekali 3 org member. Even cikgu x pernah jumpa diorang, tapi kitorang sembang macam dah kenal lama. Actually Cikgu Aryati x pernah mengajar aku waktu kat SKSG, tapi aku kamceng dgn dia sebab aku adalah librarian dan dia pulak cikgu library waktu tu. Now Cikgu Aryati makin vogue, cun siot! Hehe.

Pastu beraya mana lagi? Beraya dengan geng2 BSPT. Pergi rumah Rai, rumah Nad, dan rumah Acik Arip. Melantak kat rumah Rai memang dah x ada segan silu. Dapur dia dah selalu terjah. Makcik Salmah yang pemurah dengan makanan. Hehe. Terima kasih makcik bagi kami melantak sampai kekenyangan. Tu je lah kot episod raya kat sana.

Selebihnya spend masa dengan jadual baru. Letih. Hal rumah, kolej masih x setel lagi. Yang penting, aku nak keluar dari rumah tu. Tak mau dahhhhh. Sesiapa yang ada tweet2 dengan aku, tahu lah maksud aku di sini. Kehkeh. Jumaat lepas, berdesup balik BP. Pukul 9 pagi keluar highway Serdang, 10.45am dah keluar tol Yong Peng. Gitulah gamaknya kalau drive sensorang. Kalau ada member, steady je. Masuk rumah, for sure kena sembur dulu, "berapa ko tekan? 2 jam dah sampai!" Tang homesick? Tak lah sangat. Biasa2 saja.

Kusut ke sekarang? Mana ada hidup x kusut? Ye tak? Jadual harian setakat ni agak pack. Ye lah, demi mencari sesuap nasi kan. Nak main tweet2 memang dah x kuasa. Aku x ada phone canggih. Nantilah tunggu aku beli i-phone ke blackberry ke android ke kan. Heheh.

Mungkin ada yang akan bosan dengan aku. Maaf. Bukan x nak kawan, tapi kadang2 siyes aku x larat. Nanti aku dah immune dengan rutin harian ni, aku gagah lah. Tidur dengan Azie, memang menggalakkan aku tidur awal. Kehkeh.

Weiii kawan2, bila nak bagi up stamina lagi nihhh? Nak lari sikit pun dah pancit ha. Ayuh kita bersukan! Yihaaa!

Untuk anda, we still have a very long journey to go. You and I have our own opinion. But the memory that we have gone through is still in my mind. To be easy, its hard to forget. Mak macam risau bila aku cerita kawan2 dh ada BF dan dah bawak balik rumah jumpa parent. Tapi aku tak lagi. Haha. Sabar bonda. Psssttt: kalau ada yang OK, kenalkan boleh? Hahahaha. Gatal sudey.
OK Bye!

Sunday, September 11, 2011

kadang-kadang

Assalamualaikum.

kadang2 kita x minta, tapi dia hadir.
kadang2 kita x inginkan, tapi dia datang jugak.
kadang2 kita minta, tapi dia x muncul.
kadang2 kita harapkan, tapi dia tidak kunjung tiba.

kehidupan. macam tu lah. x semua apa yg kau mahu, kau dapat. dan x semua yg kau x mahu dan kau x dapat.

Saturday, August 20, 2011

Berpada-padalah


Assalamualaikum.

Pejam celik, sekejap je dah masuk 20 Ramadhan kan. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk menikmati kemanisan Ramadhan. Bazar raya pun dah mula sibuk sana sini. Dekat Dewan Jubli sesak, Jalan Rahmat sesak. Ha ye lah Dewan Jubli bukan kat Jalan Rahmat ke. Fine. Dekat Parit Raja pun sesak. Semua sesak. Orang kita ni feel nak raya tu memang lebih, tapi amal ibadat tu dah cukup ke belum letak tepi dulu. Ye dak? Eh aku bukan nak mengata orang, tak. Cuma ini culture yang aku nampak. Dan aku sendiri pun bukan lah baik mana pun kan. Masih banyak kurang ha.

Ok. Sebanarnya aku nak cerita lain tapi tah kenapa boleh tertaip pasal puasa ke raya. ;p

Sekarang aku 23. Kawan-kawan sekolah rendah aku dah ramai kawin. Dah ada nak sorang pun. Kawan-kawan se university pun dah ramai ada pakwe. Dah jumpa bakal mak mertua semua. Aku? Lek luuu. OK. Ini cerita bila balik kampung, kumpul makcik-makcik semua, soalan feveret, "kau dah ada pakwe?" aku memang susah nak jawab wei. Aku cakap ada, nak kata ada pun x ada lah sangat. Haha. Apa kau merepek ni sengal? Aku nak cakap tak ada, nak kata tak ada tu, kadang-kadang macam ada tapi kejap tak ada. Hahaha. Padan muka baca ayat tamil.

Hakikatnya, aku x reti weh bab-bab camni. Aku tengok orang tertonggeng bercinta, aku takut. Jadi aku malas fikir. Tapi orang kata, kalau kau x cuba mana nak tau kan? Hai la makcik pakcik akak abang adik sekalian. Dalam kepala aku ni dari dulu terfikir, aku nak bercinta sekali dan aku terus kawin dengan orang yang sama. Aku x mahu banyak2 kali try and error. Aku tahu penat. Tengok pun dah penat apa lagi bila rasa sendiri. Tapi, aku hanya manusia biasa yang mampu merancang dan Allah tentukan segalanya. Dulu aku sekolah perempuan. Aku x fikir pun ha pasal jantan. Bila form 4 baru aku terfikir. Baru datang rasa geli2 sengal tu. Haha. Astaghfirullah.

Bila aku masuk matrik, masuk U, woh macam2 dugaan weh. Ha kau. Tapi aku bersyukur sebab parent aku strict especially bapak. Bapak x bagi aku bercinta zaman hingusan, lagi2 masa belajar. Sebab? Kalau aku frust, dia takut aku x boleh kawal diri. See. Bapak sayang aku. Bukan bapak x sporting tapi bapak x nak aku sakit ting tong masa umur mentah. Orang kata aku jual mahal, ho ho hotak hang aku jual mahal. (OK sori, terbiadap kejap)

Dan sekarang? Aku malas sebanarnya nak jawab soalan euw euw makcik pakcik ni. Kadang2 aku terfikir, buatnya bila aku cakap 'saya single makcik, masih belum ada yang punya' dan tiba2 dia kata 'ha boleh la kau jadi menantu makcik' tak ke haram jadah namanya. Gila cuak kau tahu tak. Paling selamat aku jawab, 'kawan-kawan tu ada la cik'. Haramjadah punya jawapan jugak.

Sudah la. Penat weh penat. Bercinta nak rak, kawin dengan orang lain, pun macam buang masa jugak kan. OK OK kita slow and steady. Ye tak? Tak payah nak euw euw sangat. Kang x jadi, bak kata adik aku, 'tergolek dog terus'. Padan muka kat sapa? Kat diri sendiri. Jodoh tu kat tangan Allah. Kita doa yang terbaik. OK? Setel.

Tuesday, August 16, 2011

Pencarian

Assalamualaikum.

Tak tahu apa sebenarnya yang bergolak dalam diri. Macam-macam. Dari dulu lagi, sejak terjebak dengan novel-novel Hlovate. Bukan nak kata novel dia telah mengharukan hidup ini, tak. Totally not. Malah, banyak bagi kesedaran. Yes, kesedaran. Kesedaran yang macam mana? It's hard to explain. Four words only, Nak Jadi Lebih Baik.

Mana nak mula, find it yourself. Kadang-kadang rasa masih ada yang tak complete. Ya, masih mencari. Dan akan terus mencari. Cari apa? Erti Hidup. Perlahan-lahan. May Allah show me the way. InsyaAllah.

Ini bukan masalah meroyan ke apa. Bukan.
Abaikan.


Friday, July 29, 2011

Dunia penuh misteri


Dari sehari ke sehari, aku rasa macam-macam benda. Entahlah.

Firstly, aku rasa bertuah amat sebab blah dari maybank. Lepas blah dari maybank, aku kerja dengan bapak. Kebetulan kerani bapak dah berenti dan buat bisnes sendiri, aku take over bahagian management. Bab dekat site haram aku x tahu. Tapi ada jugak pergi site, just sign attendance site visit and then baru boleh beli sebut harga. Apa itu sebut harga? Google sendiri lah. Siapa kata bab management senang? Mari sini aku bagi sedar bahawa management dalam business itu bukan mudah. Entah berapa kali aku kena marah, kena sound dengan bapak. Bapak bilang aku tidak focus kerja. Alasan aku, aku tidak minat. Kepala batu x aku? Ya. Pernah nangis? Mesti pernah. Aku kan gembeng. Haha. Tapi aku belajar banyak benda sebenarnya. Terlalu banyak. Betul apa bapak cakap dulu, "kau kerja dengan ayah lagi banyak kau belajar." Aku ingat. Dan ianya terbukti benar. Sekarang ni, aku makin berani. Kalau aku berurusan dengan orang, orang tu lemau buat kerja, lembap, lengah-lengah kan masa aku (kebetulan aku memang nak cepat), aku akan direct sound, "kak, boleh cepat sikit x?" kalau dia cepat, aku akan senyum paling manis yang aku boleh bagi dan ucap terima kasih seikhlas dan semanis mungkin tanda aku amat menghargai kepantasannya membuat kerja.

Tapi, kalau mereka buat macam haram, aku kena sabar. Tak kan nak maki kan. Tak baik. Dah banyak aku sabar. Bila difikir-fikirkan, nak involve bisnes ni kau kena jadi orang penyabar. Tak sabar, OUT! Kepala otak juga kena tangkas, ingat segala macam benda. Bukan senang. Sebab tu aku kagum dengan satu kakak cun ni. Umur 20-an dah ada tadika sendiri. Walau macam mana pun, aku x ada la akan get into bidang yang bapak buat sekarang. Bagi aku, perempuan mungkin kurang sesuai. Kadang2 aku segan jugak bila pergi site visit dan aku lihat, ramainya lelaki. That's why selalu ajak adik aku teman. Dan nasib baik juga aku kenal dengan satu makcik ni. So x adalah malu sangat. Ada yang pakai purdah pun boleh pergi site visit, x kan kau nak malu x bertempat? Aih, masing-masing ada cara masing-masing kan. Aku bukan jenis yang suka menyegih dan peramah x tentu pasal. Cuma, jangan menyombong lah.

Ada satu masa tu aku baca blog Harith. Dapat satu informasi yang sangat berguna. Pasal manage kewangan. Baca sendiri lah. Dan sekarang aku sedang cuba praktikkan. Resit adalah sangat penting. Baru kita tahu ke mana perginya duit kita. Aku bukan datang dari keluarga kaya raya. Sederhana. Dan aku perlu belajar untuk sentiasa menjadi manusia bersederhana supaya tidak boros sesuka hati. Susah sebenarnya. Cara yang aku praktikkan, x bawak duit banyak2 bila pergi shopping mall. Kadang2 RM30.00 je aku bawak. Kalau bawak lebih, mesti aku singgah POPULAR beli buku baru. Bacanya entah bila. Cuma syok dapat beli buku baru. Tak pun, beli tudung baru yang aku rasa cantik. Ergghh.

Dan satu hal lagi, mungkin Allah nak sedarkan aku. Aku dah 23. Banyak benda aku rasa kurang dalam diri. Serba sedikit keinsafan tu datang. Bersyukur juga kerana Allah bagi aku adik yang boleh buat rujukan dari segi hal agama. Dari baca blog juga, kematangan itu boleh hadir. Bila diri mula sedar akan kekhilafan lalu. Dan tidak perlu untuk meletak harapan menggunung untuk sesuatu benda yang kita x tahu akan terjadi atau tidak. Soal hati khasnya. Aku banyak belajar. Buku, blog, pengalaman rakan, persekitaran. Macam-macam.
Ya, dunia ini macam-macam ragamnya. Benar kata bapak, dunia ini penuh misteri.