Monday, June 1, 2009

Biarkanlah...

salam...

kisah di bawah ini berlaku pada sem2 lepas dan aku x bpe igt sem bape...

"Kau garang" , "kau sombong", "kau kasar",
Itu kata mereka,
Aku?
Angkat kening, pelik, bengang, haih...
Buntu tiada jawapan!

Ku bertanya pada teman rapat,
"Aku begitu ke?"
"Hah? tak adalah"
Itu kata mereka, jujur! bukan penyedap hati.
"Mungkin kau tegas, tapi kau banyak cakap, ramah, masakan mereka kata begitu?"
Aku jungkit bahu, tiada jawapan!

"Kau kasar? kau cakap apa pada mereka?"
"Aku cakap macam aku cakap dengan kau", jawabku.
"Kasar ke?"
Aku jungkit bahu lagi, entah!
Mungkin mereka tidak boleh terima caraku, itu tafsiranku.
"Dahtu, nak cakap macam mana?" macam bercakap dengan kekasih hati?
Nanti cair pulak, fikirku geli hati.
"Lantaklah, minah lain kasar, dia tak nampak, aku? die nampak pulak!"
Suka hati kau lah labu...

"Spec kau buat muka kau jadi garang!"
Kata lelaki itu lagi,
Kening aku terangkat lagi, aik! spec aku pulak dah!
"Ada saja tak kena pada aku di mata lelaki itu", aku monolog sendiri
Rakan-rakan yang ada sudah terdiam mungkin kerana kelancangan mulut yang berkata-kata tadi.
Aku? diam, buat cool, ade juga yang memihak kepada aku.

Alahai manusia,
Ada-ada saja,
Diri sendiri sudah dinilai belum?
Tidak mengapalah, jangan suatu hari nanti ada yang syok kat aku sudah!
Hahahaha!!!

Hurm.. biarkanlah,
Tak luak mana pun walau tohmahan begitu dilontarkan kepada aku,
Bak kata pepatah,
Tak kenal maka tak cinta!

7 comments:

epol said...

yeye..sesuai ngan tajuk..biarkan aje lah..

pe yg ptg,jd diri sendri aje..tak payah nak bermuka plastik semata nak tutup mulut org..

Mr. U said...

Well3.. bley dikatekn puisi yg menarik.. hehe

naqiubex said...

Erm.. biarkan je la..

Tapi bila fikir pasal kekasaran..
perempuan sekarang ini cakap mmg agak kasar apabla dengan kawannya..
Tapi bila cakap dengan lelaki, bukan main lembut lagi.. Terbalik!
Saudari bukan macam tu kan..

Farah Abdullah said...

epol: yup, jd diri sndri lbh baik!

mr u: haha, thnx mr u!

naqib: sy bercakap sama shj baik laki atau pomp. bila nilai balik, xde la kasar pn. lelaki yg berkata itu, mmg begitu. sy phm sgt perangai beliau~ its ok lah

Anonymous said...

wei... ko tu.. org nak ngurat.. ko jual mahal sgt.. bile seseorang perhatikan diri kita, maka mesti ade sesuatu yang die minati.. tapi die saje je cakp kan benda yang negatif kat diri ko, tuk kaver ape yang terpendam kat isi hati..

♥ p a a n i ♥ said...

xgune tol jntan tu. slamber nk kutuk org kn? dia ingt dia perfect?

hish.aku lak yg emo lebih2. sabo2.

Farah Abdullah said...

liwa: ngorat apenye.. dh keje kutuk2 aku. aku x jual mahal la, tgk org ler.. x kan sume aku nk men balun je. bahaya wei! aku ni pompuan.. adei~

farhani: hehe, sabo2 pani.. lantak depa la. aku dh lali. tp kdg2 bengang ler jugak..