Friday, November 13, 2009

S.E.N.I

salam

kenapa kadang2 aku rasa aku cinta pada seni? bila aku duduk sorang2, macam2 idea boleh kuar dari otak aku. pastu aku amik kertas, aku coret dengan pen, akhirnya akan jadi puisi. puisi yang x seberapa. mungkin tak best. tapi aku puas hati sebab apa yang ada dalam hati dan fikiran aku telah terluah. keadaan yang sama berlaku bila aku berada dalam bilik kuliah dan lecturer memberi kuliah tanpa aku faham akan butir bicaranya. waktu itu juga, tangan kanan aku laju mencoretkan bait2 kata yang lahir dari hati aku. kawan aku sudah sedia maklum akan habit aku itu. kadang2 dia juga cuba untuk sambung bait kata pabila aku tiba2 ketandusan idea untuk terus mencoret.

selain mencoret, kadang2 aku gemar fikirkan akan seni sebuah kehidupan. terlalu banyak ragam manusia di bumi ini. ah.. manusia ramai yang hipokrit, yang emo x tentu pasal, dan bermacam-macam lagi. oh.. aku tidak mahu cakap lebih jauh soal ini.

apa kita rasa kalau kita pandai lukis? lukis apa sahaja yang ada di dunia ini.

apa kita rasa kalau kita boleh main alat muzik? gitar, piano, atau apa sahaja. lalu kita mainkan lagu yang kita cipta. apa yang kita rasa?

orang kata, apa yang kita rasa boleh diluahkan melalui seni. mungkin ada kebenarannya.

3 comments:

DilOt said...

aku ada seni bila tengah jiwang..hehe..buat sajak ke puisi ke..tetibe boleh sedap...syok sendiri la tu...

tp adik beradik aku semua pandai lukis potret..aku sorang je yg xpandai..uwaaaa...

zarf_iera said...

plg best bile ngah sedih2..lyn prasaan.scr oomatik akn trhasillah sbuah puisi.hahaha...

Farah Abdullah said...

sume org akn blh jd darah seni ble tym jiwang. haha..