Friday, March 5, 2010

kata2 hati

Insan,
Kau hiburkan aku dengan lawak lucumu,
Kau gembirakan aku dengan layanan mesramu,
Kau ceriakan aku dengan senyum tawamu,
Dan kau warnai hidupku dengan kata-kata indahmu.

Kau lakarkan lukisan kehidupan di atas kanvas,
Kau coretkan puisi kehidupan di atas kertas,
Kau bercerita semuanya tentang erti sebuah kehidupan,
Cerita cinta antara aku dan dia,
Cerita kasih sesama sahabat,
Cerita sayang sesama keluarga,
Segalanya,
Lalu lengkap menjadi satu.
Yang begitu bermakna buatku

Kerana itu,
Aku amat menghargaimu,
Aku amat menyayangimu,
Dan aku mengasihimu.

Kaulah insan,
Satu dalam beribu.

2 comments:

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

wow! fara.. jgn terus diri ko dihiasi kiasan cinta...

Farah Abdullah said...

ni bkn puisi cinta la. ni psl kwn2..