Sunday, May 2, 2010

it has been 3 years~~

Salam

Hampir semua orang mahu ke universiti, dan apabila hasrat itu tercapai, ia bukan semudah yang disangka. Mungkin kos yang ditawarkan tidak begitu dikenali ramai. Tapi aku bangga kerana aku lebih hampir kepada alam, dan kos ini bukanlah semudah yang disangka. *susah*


Dan kini, 3 tahun itu sudah berlalu. Ikatan yang kukuh antara kami membuatkan kami lebih akrab. Pada mulanya ibarat ada jurang antara kami. Bermula semester 4 (aku mengambil subjek Kimia Asas), dan di situlah kami mula akrab antara satu sama lain. 30 April 2010. Tarikh kesedihan. Perpisahan antara kami. Masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Itulah hakikat kehidupan. Life must go on! Hanya memori akan tersemat indah di ingatan. Buat cerita kepada generasi akan datang akan kisah suka dan duka kehidupan di universiti.


Aku lihat gambar-gambar kita, aku tonton video-video kita, semuanya indah selama mana kita bersama di bawah bumbung yang sama. Suka dan duka kita tempuh bersama. Rajuk, gaduh, gelak, tawa juga kita bersama. Indah dan manis belaka. Buat kalian yang sentiasa di ingatan;


Yati, thanx 4 being a good teacher. Kau manusia pertama aku jumpa kat BSPT. Awal-awal dulu kita rapat. Tapi aku jenis masuk dengan ramai orang. Apa-apa pun kita tetap geng kan.

Aida, kau memang best. Aku happy dapat kawan yang suka buku macam kau. Walaupun kau suka 'missing in action', aku senang kawan dengan kau. Mula-mula kau x pandai bersosial, lama-lama kawan dengan kitorang, kau sudah pandai bersosial. Hehe

Syila, kau manusia langsung tak berkira. Itu aku salute.

Aziera, kau cool. Awal-awal masuk U, kau kecik je, sekarang kau tembam! ;)

Mai, kau gelabah. Cakap nak laju, nak best. Tapi still boleh masuk. Kau suka jamu. Kau intro kat aku, mustika ratu version gadis punya. Hahah.. sekali je aku makan.

Raidah, rumah dekat. Sri Serdang tu je ha. Doktor cinta. Haha.. kepala pun masuk air. Kalau rasa nak mencarut, memang kau akan lontar. Memang kau darah Melaka.

Nad, anak mami. Akan kepoh bila mood kepoh dia datang. Aku suka!

Kak Imah, rumate aku untuk 2 sem terakhir. Tak banyak cakap, kalau aku buat lawak, dia tukang gelak. Lebih senang mendengar dari bercerita. Pendengar yang setia kepada Ziran, dan kakak yang best.

Ziran, type2 jiwang jugak. Dia penah buat cerita ala2 novel. Selalu lepak bilik aku sebab Kak Imah adalah geng dia. Xpe, aku x kisah pun.

Kak Sela, dia dah tunang. Akan kahwin dalam masa terdekat kot! Hehe.. dia juga vogue! ;)

Zulman, kau kepoh. Memang patut dapat award MR KEPOH BSPT! Suka bergosip dan open-minded. Aku suka kawan dengan dia.

Fendi, pandai main gitar. Suara sedap! Selalu nyanyi untuk kami. Pandai main sudoku. Fendi baik, jarang sakitkan hati orang.

Che Ding, orang Ganu. Kadang2 lidah dia memang pekat Ganu. Cakap nak best. Bila dia balik awal, semua orang sedih. Dah xda orang untuk dibahan.

Tajuddin, ex partner MTM. Dulu gemok, sekarang dah kurus. Determine gila untuk kurus. Amat gentleman dalam menawan hati wanita. Rahsia kau dalam genggaman aku (ayat kejam). Haha

Shafiq, dramatic boy. Suka buat drama. Lagi2 pasal Che Ding. Rajin ajak study group. Spec old skul. Suka usha awek!

Apis Panda, mata dia lebam. Sebab tu panggil PANDA. Mulut xda insurans. Kadang2 best mengarot dengan kau. Kadang2 bikin aku sentap (sekali dua je). Akan mencarut bila dah sangat geram.

Sidi, cool guy. X banyak cakap. Sebab dah tua kot. Haha

Deni, mulut xda insurans gak. Budak2 panggil dia si gergasi. Sori la bro! ;)

Boboi, suara sedap jugak. Hebat bermain badminton.

Wan, muka ganas, tapi jiwang karat.

Rahim, juz be urself.

Syahid, best gelak dengan hang. Kaw2 punya gelak. Suara pun sedap.

Harith, slumber badak. Suka ponteng kelas tapi pandai! juga cool!

Mahsyuri, ex lab partner masa subjek kimia. Kat situ aku kenal kau dan aku garang dengan kau. Harap kau x simpan dalam hati. Dulu kau suka bahan aku dengan Tajuddin. Lepas tu aku rasa lain bila kau dah x bahan2 aku, jarang cakap dengan aku. Dan sejak tu, kita jadi baik.

Musa, raja gadis. Itu yang Deni kata. Ingat lagi, awal2 masuk kelas math masa sem 1 dulu, kau pinjam nota aku untuk potostat. Dulu kau kurus ckit, sekarang kau dah makin gemok.


Yang lain-lain tu, kalau aku x sebut kat sini, jangan kecik ati. aku tetap igt kat korang.
Terima kasih untuk semuanya. Memory remains!





4 comments:

:: DeEyA MaArUf :: said...

sedey nyer ko da xde.. jgn luper aku weyh walaupun ko da sampai ke bulan.. sbb aku xkan sekali2 luperkan ko.. thanx for sharing2 dulu..

Farah Abdullah said...

huhu.. touching nye ayt ko. gonna miss u deeya. nseb baik ade ko. thnx 4 everything!!

-Aida Ismail- said...

wah..missing in action??...hahaha~
hope u hidop baik2..jg diri..moga success slalo~

Farah Abdullah said...

yala.. ko kn ske ilang2. oleh itu aku bg pgl ko 'aida missing in action' hua3..
yup dear, idop baik2 juga.
all da best in life! ;))