Sunday, June 20, 2010

Ayah, selamat hari bapa!

Salam


Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di seluruh dunia. Bapak, apak, ayah, abah, papa, daddy, abi atau apa sahaja panggilan untuk seorang ayah.

Kepada ayah,

Selamat hari bapa. Ayah adalah bapa paling best. Tegas, kelakar, caring, tanggungjawab, penyayang. All in one. Terima kasih untuk segalanya. We love u ayah!


Aku sebagai anak perempuan, tidak banyak berkongsi soal hati dan perasaan dengan ayah. Aku segan untuk bercerita tentang perasaan kepada ayah. Tapi ayah banyak menceritakan tentang hakikat kehidupan sebenar seorang lelaki. Ayah rajin berkongsi fikiran tentang bezanya antara dua insan bergelar lelaki dan perempuan. Ayah bercerita tentang politik, tentang nasib bangsa, tentang kehidupan. Semuanya. Ayah sedarkan aku tentang kehidupan yang bukan selalunya indah. Ayah sering bercerita tentang kehidupannya di zaman kanak-kanak, di zaman ayah susah, di kala ayah melalui liku-liku kehidupan yang sukar dan segala cerita perjalanan kehidupan ayah yang umpama sebuah ceritera kehidupan yang begitu menginsafkan.

Kadang-kadang ada juga pendapat aku yang bercanggah dengan ayah. Mungkin ayah kurang memahami gelodak jiwa seorang anak perempuan. Walau apapun, aku tahu ayah sentiasa menyokong anak-anaknya selagi kami melakukan perkara yang betul.

Terima kasih ayah kerana mendidik, membesarkan, memarahi salah laku kami, bekerja keras membesarkan kami adik beradik, membawa kami berjalan melihat dunia, dan terima kasih untuk segalanya.

Selamat Hari Bapa.

Me & beloved ayah

2 comments:

-Aida Ismail- said...

ayh ak pon salo dok citer ksh ssh zmn dlu2..mgkn one dy,kte plk akn citer kat ank2 kite..hehe..apepon,HEPI FATRHERS DAY buat ayh farah!!=)

Farah Abdullah said...

tq aida! ;) best kn dgr diorng dok cte zmn dlu2? hehe.. pasnih kte cte kt anak2 kte plak. (ceh2.. gaya cm dh nk kawin je).hehe