Tuesday, July 20, 2010

Sila jangan cengeng!

salam

Dunia penuh pancaroba? ye, banyak. terlalu banyak. kalau kau nak jadi matang, nak jadi manusia yang ada gunanya pada dunia sejagat, memang banyak perlu kau tempuh. kenapa aku cakap macam tu? sebab aku rasa. dan mungkin anda di luar sana juga pernah rasa.


Ye, aku dibesarkan supaya menjalani kehidupan dengan berani tanpa rasa takut. dari kecil, ayah latih kitorang adik beradik untuk berani berdepan dengan keadaan sekeliling. contoh, kalau kitorang pergi bercuti, urusan hotel semua aku dan adik aku yang buat. dekat airport, pun sama. banyak benda. dan kerana itulah, adik aku (yg 2nd) sememangnya manusia yang sangat berani. redah selagi boleh redah. apa tujuan ayah buat semua ni? sebab nak latih anak2 dia jadi orang berani, ada rasa keyakinan diri. dulu ayah dibesarkan dalam keluarga yang miskin, pelajaran tidak sempurna tetapi alhamdulillah ayah boleh berjaya sekarang. dulu ayah adalah seorang yang tiada keyakinan diri, maka ayah tidak mahu anak-anaknya jadi seperti beliau. ayah latih ktorang, ikut ayah pergi SSM, tengok macam mana nak uruskan segala urusan renew lesen syarikat dan macam2 lagi. kalau aku takut2, atau segan2, memang kena marah. bila aku semakin besar, baru aku sedar terlalu banyak gunanya dan mengapa ayah buat semua tu untuk aku dan adik2.


Aku anak degil. kononnya mahu menimba pengalaman bekerja jadi kuli batak dengan orang lain. kononnya x mencabar kerja dengan bapak sendiri. dan aku dah 2 hari pun keje sbg cashier dekat stesen minyak petronas. apa aku rasa? mula2 yes, it was like hell. susah dol jadi cashier. lagi2 time orang ramai. kelam aku dibuatnya. terkial x sudah. bodoh betul. ohh xpe, aku ambil semua tu dan jadikan pengalaman hidup yang mungkin paling bermakna dan x pernah aku dapat di mana2 pelosok dunia. haha. kalau ada short duit ke hape ke, gaji aku kena potong, aku x kisah. aku positifkan kepala otak aku supaya aku mahu kan pengalaman instead of MONEY!


Hari ini masuk hari kedua. Aku kena tegur dengan 1 uncle ni. Pastu akak yang sekali keja dengan aku nasihat aku bla3. dan yang bodohnya, apasal aku nak nangis? bangang. nasib baik x nangis lagi. rasa nak nangis je. lepas tu, baru aku iyakan semua kata2 ayah bahawasanya kerja dengan Cina akan mencabar minda dan perasaan. haha. x kisah la. aku x cerita kat family aku pun pasal kejadian tu. aku cerita kat dia. tu pun sebab dia tanya. terima kasih eh. time tu baru aku teringat semua cerita2 dia ketika dia pun buat part time macam aku jugak.


Dan sesungguhnya, walaupun aku boleh dikatakan pelajar yang aktif di kampus yang telah handle macam2 program, telah menyertai macam2 program, pernah kena herdik dengan staf di kala aku buat salah atau staf tu tengah angin satu badan, dan macam2 lagi.. aku masih perlu dan mesti belajar, timba pengalaman sebanyak mungkin, dan explore kehidupan yang macam2 ni.


Bapak, terima kasih bapak. mak, terima kasih jugak sebab nak dengar luahan hati anak perempuan nya yang sorang ni.


Rilek ah. Hidup memang macam ni. Jangan cengeng sangat (sensitip dan rasa macam nak nangis). Gedik tol. :)


Ok, babai! nanti aku cerita lagi yeah.

No comments: