Friday, July 23, 2010

Si Sulong + Terokai dunia!


salam.

Si sulong? hehe. siapa anak sulong? cepat angkat tangan! Saya juga sulong. Aku kan kakak.


Anak sulong lagi manja daripada adik beradik lain? Yeke? Itu antara cerita2 yang aku dengar dari mereka yang bukan sulong. haha.


Tahu tak, bukan senang jadi anak sulong ni. kau akan jadi contoh teladan kepada adik2 kau. kau kena tolong jaga adik2 masa mereka kecik. bila dah masuk sekolah, belajar dah makin susah, mana ada abang ke kakak ke tolong ajar. xde. lainlah kalau mak bapak kau orang bijak pandai, memang tiptop lah hidup kau. haha. xpe, aku lebih senang berdikari. aku happy kalau aku dapat ajar adik2 aku subjek2 yang mereka kurang faham di sekolah. aku happy dapat tunjukkan hasil kerja kursus Sejarah masa aku PMR dekat Hanif, supaya dia boleh buat rujukan dan ada rasa nak challenge aku. aku mahu dia buat lebih baik daripada aku untuk semua aspek.


Anak sulong ego? ye, mesti lah ada ego tu. even kau bukan anak sulong pun, kau ada ego kan? tapi sebagai sulong, rasa untuk lebih berhak dan lebih hebat tu biasalah. dah nama pun yang 1st kan? dari segi tanggungjawab, aku rasa berat. lagi2 kalau adik beradik kau ramai perempuan. yang bawah kau pun perempuan. macam aku, adik bawah aku adalah lelaki. jadi aku tidaklah terasa bebanan yang besar memandangkan dia boleh diharap dan ramai orang ingat aku adik dia. (part ni memang aku suka pasal aku rasa diri aku muda dari dia, hak2).


Untuk anda yang sulong dan ramai lagi adik2 di bawah anda, bersedialah untuk menjadi abang atau kakak yang terbaik di dunia.


Siapa kata jadi anak sulong x best? korang tahu x, kitorang dapat barang2 baru. masa baby, segalanya baru. bila lahir anak seterusnya, diorang still pakai barang2 bekas anak sulong. keh2.. tu lah special nya anak sulong masa baby. bila dah membesar, pun sama jugak. ohh ye, lagi2 kalau kau adalah the only daughter atau the only son among the siblings. ohh memang best. x percaya? boleh tanya mereka2 yang berpengalaman. ceh! bajet pulak, kan? abaikan.

************************************

Diam x diam, pejam mata celik mata dah 5 hari aku kerja kat Stesen Minyak Petronas. Yang aku x sangka, terbukak cerita kisah orang kampung. Siapa orang Sri Gading? jom share cerita lama2. best oh. sembang punya sembang, punya lah kecik dunia ni. pusing sana pusing sini, kenal rupanya. tapi orang lagi kenal bapak aku lah. haha.


berbalik pada topik kerja di stesen Petronas. kau malu nak kerja sebagai cashier, tukang sapu sampah, tukang mop lantai, tukang susun barang, letak tanda harga? kau malu kerja macam tu sebab kau ada DEGREE? boleh blah! jangan sesekali perasan kau hebat sebab kau ada degree. kau kenal dulu dunia ni. orang yang belajar takat darjah 6 tu kadang2 10x lagi bagus dari kau lah. kau tengok senarai manusia terkaya dekat Malaysia. diorang ada degree? majoritinya tidak! x bermakna kau ada degree, kau hebat, kau boleh kaya, kau boleh senang. pergi jahanam kalau kau fikir macam tu. kau lihat dulu dunia ni, kau kenal dulu perangai manusia yang 1001 ragam, kalau kau nak berjaya jadi manusia yang berhemah, kau latihlah diri kau buat kerja yang kau rasa kerja tu xde standard bagi kebanyakan orang.


kalau kau membesar di kalangan anak orang kaya, orang senang, aku yakin, mentaliti kau x akan sehebat mereka yang hidupnya susah. sebab itulah kau kena buat kerja2 yang orang ramai kata x standard. biar kena maki, biar orang pandang serong, mungkin ia perit, tapi itulah yang kau akan ingat sampai bila2, dan itulah ubat untuk kau terus pergi jauh menuju jalan yang dipanggil kejayaan.


bila aku duduk, aku tengok sekeliling, kenapa bangsa tu boleh berjaya dengan hebat sekali? jangan kau kata sebab diorang mata duitan, sebab diorang xde agama, boleh pergi berambus! kau nak berjaya, kau nak kaya, kau nak rasa hebat, kau usahalah! usaha, doa, tawakal! Allah sentiasa ada untuk kita. Tauke2 bangsa tu, pakai memang cikai, moto buruk, kereta buruk, tapi duit berkepok! Dari jauh aku tengok selekeh je diorang pakai, moto pun macam nak tercabut tayar, tapi bila tiba kaunter nak bayar minyak, dia seluk2 poket, haha. terdiam.

Oklah, panjang la pulak bebel, itu je lah aku nak share. betul bapak aku cakap. dunia ini adalah universiti. mana sahaja kau pergi, kau akan dapat ilmu. secara realiti dan logiknya, memanglah universiti tempat belajar yang tertinggi.

Terokai dunia. Tu saja. Bye!

sekadar gambar hiasan. 2 hari lepas Azi call saya. saya sembang dengan Azi, saya sembang dengan Suri. Saya rindu mereka. Ini waktu kami berkelah makan mcD di belakang MTDC menghadap jalan ke Bukit Ekspo berhampiran landasan ERL. Sayang kamu banyak2. Rindu megi letup Suri juga. Mmuahhxx~ :)

No comments: