Saturday, October 16, 2010

Pahit manis


Salam

Hai blog. Sudah lama saya tinggalkan kamu kan? Kesian kamu blog. Hidup saya kelam kabut 2 minggu lepas. Banyak sangat benda saya perlu fikir dan buat. Sekarang saya ada di kampung halaman tercinta. Heaven!


Alhamdulillah upacara konvokesyen telah selesai. Akhirnya kami telah bergraduat dengan jayanya. Terima kasih kepada semua, terutama ibu dan ayah saya. Tidak lupa, kawan-kawan yang sentiasa ada dan tak jemu berkawan dengan saya. Haha.. Poyo plak kan ayat!


Ini rasanya kali kedua saya terasa hidup ini sangat tough lagi sukar. Pertama kali merasakan ketika saya tercampak jauh di Kolej Matrikulasi Perak. Pada usia 18 tahun, saya perlu survive dan kuat menempuh segala tekanan belajar dan juga tekanan hidup pada waktu itu. Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya. Bila saya tercampak di UPM, saya tidak rasa lonely. Rasa seronok dan mungkin sudah berpengalaman selama setahun duduk di Gopeng, Perak. Saya enjoy life di UPM walaupun adakalanya saya rasa down, tapi itu adatlah dalam belajar dan meniti usia remaja. Kan? Dan kini, belajar dah selesai. Belum bercadang untuk continue Master. Maka saya bekerja. Pada waktu ini, bukan mudah untuk kita survive sendirian di tempat orang. Yes, saya ada ramai kawan di Serdang, tetapi takkanlah saya terus bergantung harap pada orang lain. Saya perlu berdikari. Kini lebih lagi. Saya cari rumah sendiri, saya urus hidup saya sendiri. Dan ini sebenarnya yang saya mahukan dulu. Saya bilang pada ayah, saya tidak suka hidup dalam kondisi yang sentiasa selesa. Saya sukakan mood balik kampung. Maka, saya akan lebih menghargai nikmat balik kampung. Akhirnya, saya rasa itu semua. Ya, mungkin saya anak degil. Kononnya mahu berdikari, mahukan cabaran untuk jadi manusia lebih kuat mentalnya. Maka saya sedang cuba menyahut segala cabaran itu. Ayah bilang pada saya, kalau boleh memang dia mahukan anak-anaknya tidak perlu bekerja terlalu jauh, tetapi jika sudah ada peluang, anaknya kata mahu, dia tidak kisah, kerana itu kehendak anaknya. Anaknya juga sudah meniti usia ke alam dewasa. Terima kasih ayah kerana memahami kehendak hati ini.



Apa yang saya ceburi kini bukanlah minat saya sepenuhnya. Saya hanya mahu mencuba. Menimba secebis pengalaman di alam pekerjaan. Oh ya, tidak dinafikan, alam pembelajaran lebih indah! Walau apapun, inilah kehidupan. Terus meniti liku-liku kehidupan yang adakalanya pahit dan manis. Bak kata kawan saya, Raidah, pahit kehidupan itulah akan jadi manis bila dikenang nanti. Kesukaran, kesusahan, cabaran, dugaan akan jadi manis bila dikenang sesudah kita berjaya nanti. Semua yang ditempuh ini tiada diajar di dalam mana-mana buku di dunia ini. Semua ini perlu dilalui sendiri. Ya, setegar-tegar manusia, hati mana yang tidak pernah rapuh bila dilanda kesusahan. Namun, kita tidak boleh senantiasa rapuh, kerana itu hanya akan menjahamkan masa depan. Bangkit dan terus menuju ke hadapan.


Terima kasih buat Shafiq, yang sudi bercerita pengalaman kau bekerja, tekanan kerja yang bertimbun, dan segala gelodak jiwa yang akan muncul tanpa mengira masa. Dan kerana itulah kita harus kuat. Buat Raidah, aku sangat terharu dengan apa yang kau buat untuk aku. Kadang-kadang kau punya risau kat aku dah macam mak aku sendiri.


Kalau dari ibu dan ayah jangan cakaplah. Hampir setiap hari mereka call, bertanya khabar dan sudah tentu risau akan anak gadisnya yang tiada di hadapan mata. Kadang-kadang saya rasa, saya anak yang manja. Hehe.. ya, family will always by your side. I love u.


Cukup sekadar ini.


BSPT-rian!!

Ayah & Ibu, thanx 4 everything!

Finally! 10.10.10. Alhamdulillah.

3 comments:

::DeEyA:: said...

farah, congrats ye~!!
semoga berjaya dlm dunia pekerjaan pulak..

Putri Rahman said...

waahhhh farah !!
saaaangattttt bangge dgn kamuuu !!! :DDDD
best wishes okkk sygssss..

Farah Abdullah said...

deeya: thanx! alam pekerjaan x best. belajar lg best. eheh

put: thanx put! kamu juga akan jd doc yg berjaya nanti. insyaAllah kte sama2 berjaya dunia akhirat. aminnn